MENGAPA Parti Warisan "is not a choice" untuk rakyat Sabah- sebabnya HANYA satu- para pemimpin parti itu hanya TAHU bercakap, telah dibuktikan selama 26 bulan apabila Datuk Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri, para pemimpin kerajaan bagaikan kera mendapat bunga, tindakan seperti tikus membaiki labu.
Jika rakyat tidak mahu dipatuk ular daripada lubang yang sama, maka jauhi Parti Warisan.
Penulis tidak omong kosong, cuba ikuti ucapan-ucapan, kenyataan-kenyataan, perkongsian di media sosial, seluruhnya menunjukkan bahawa mereka hanya pandai bermain dengan kata-kata, dan yang mendukacitakan, apa yang mereka katakan, berunsur fitnah, bohong dan putar belit.
Presiden Warisan cuba menggambarkan dirinya sebagai pejuang kemudahan asas Sabah, kerana setiap kali buka mulut, samada di majlis-majlis terbuka, dewan rakyat dan dewan undang negeri, membangkitkan isu air, elektrik dan jalan raya, seakan-akan tidak merasa malu, bahawa punca bekalan air luar bandar (BALB), bekalan elektrik luar bandar (BELB) dan jalan raya luar bandar (JRLB) gagal diselesaikan semasa diberi tanggungjawab, atas sebab peruntukan RM7.5bilion Persekutuan antara tahun 2009-2015, habis dibelanjakan, akan tetapi tidak berkesan di lapangan, sehinggakan kedaifan tiga serangkai kemudahan asas tersebut diwariskan pada Kerajaan Sabah hari ini.
Kerajaan Sabah hari ini, tidak menoleh ke belakang, mengambil tindakan untuk menyelesaikannya dalam jangka masa panjang, antaranya untuk bekalan air dibina Empangan HidroElektrik Ulu Padas yang siap pada penghujung tahun 2029, yang membekalkan 6,000 juta liter sehari dan mencukupi untuk tempoh masa 100 tahun. Selain itu menyumbang 15% tenaga elektrik pada grid tenaga Sabah.
Kerajaan hari ini di bawah pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima telah memperkenalkan Hala Tuju, iaitu Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ1.0) dan akan diteruskan menerusi SMJ2.0 bermula tahun 2026-2030.
Menerusi hala tuju tersebut, telah dibutirkan selain menyelesaikan isu-isu kemudahan asas, juga dibutirkan tindakkan, strategi memajukan dan membangun negeri untuk merealisasikan kemakmuran dan kesejahteraan.
Dalam tempoh 5 tahun, bukan sedikit pencapaian kerajaan hari ini yang diterajui parti GRS-PH Plus, dan sewajarnya tidak ganggu gugat dan terus diberi mandat, agar apa yang telah dirancang dapat direalisasikan. On top of that, puncak kuasa kekal di Menara Kinabalu.
Puncak kuasa di Menara Kinabalu, adalah aspirasi dan harapan rakyat Sabah yang disambut dan terjemahkan oleh GRS, pimpinan Ketua Menteri.
No comments:
Post a Comment