Sunday, May 11, 2025

BERCAKAP PEMIMPIN TERKAIT RASUAH-PENYOKONG UMNO PATUT MALU

BERCAKAP berkaitan rasuah, penyokong Umno patut malu, kerana rekod pemimpin yang terkait rasuah adalah pemimpin parti itu.

Pemimpin GRS tiada siapapun dihadapkan dan dibicarakan di mahkamah kerana terkait rasuah, yang ada hanya dakwaan daripada orang gila yang menerbitkan berbagai rakaman video menuduh beberapa pemimpin parti cuba dibeli dengan balasan lesen monopoli carigali mineral di Sabah, sedangkan yang cuba dibeli tersebut tiada kaitan dengan pengeluaran lesen.

Buktinya tiada lesen dikeluarkan pada syarikat yang dikawal orang gila tersebut, ertinya, dakwaan orang gila tersebut, adalah bukti memang dia gila. Orang normal, tidak akan dapat menerima dakwaan orang gila, kecuali yang menerima itu juga orang gila.

Penyokong Umno perlu menerima hakikat, parti Umno adalah parti menuju matahari terbenam. Rakyat termasuk rakyat Sabah telah menolak parti itu pada PRU-14, kemudian pada PRN-16, walaupun dibantu parti lain, akan tetapi tetap gagal merampas semula kerusi yang dirampas parti lain.

Pada PRU-15, rakyat negara ini menunjukkan pintu keluar pada parti tersebut, walaupun kini sebahagian kerajaan Persekutuan, ekoran tiada parti yang mendapat majoriti mudah pada pilihan raya tersebut. Kerajaan Persekutuan hari ini, bukan keputusan rakyat, akan tetapi keputusan pemimpin parti, hanya bertujuan untuk menjadi kerajaan, kerana negara mesti ada kerajaan.

Pada PRN2023 enam negeri Semenanjung, walaupun Umno sebahagian kerajaan, dan bekerjasama dengan parti tulang belakang kerajaan, parti tersebut hanya menang 19/108 kerusi. Ertinya, 82.4% rakyat telah menolak parti tersebut.

Di Sabah, menjelang PRN-17, parti itu berjaya menculik PH yang sebahagian kerajaan Sabah untuk bekerjasama, dengan harapan menjadi kuda tunggangan.

Pada PRN-16 Sabah, Umno bertanding 33/73 kerusi dengan harapan menjadi parti dominan sambil menunggang pada parti-parti Kumpulan Hajiji-PBS-STAR, akan tetapi hanya menang 14 kerusi, gagal mengembalikan kegemilangan. Kegagalan demi kegagalan, tidak diambil sebagai fakta, melainkan terus mencuba, tidak menyedari politik itu berkaitan emosi manusia. Emosi rakyat Sabah, telah menolak parti itu, dan kini, emosi rakyat Sabah kepada parti tempatan. Emosi rakyat yang diterjemahkan kepada aspirasi dan harapan, disambut baik para pemimpin lalu menubuhkan GRS dengan Konsep Rumah Kita, Kita Jaga, menerusi prinsip SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.

Membangkitkan emosi rakyat Sabah dengan bercakap berkaitan rasuah hanya merujuk pada dakwaan orang gila, menunjukkan parti tersebut ketiadaan modal politik, melainkan cuba bergaut di dahan rapuh.

Rakyat Sabah menyokong GRS, bukan menari pada bayang-bayang atau dalam gelap seperti sindiran Bendahari Umno Sabah, tetapi menari dalam suasana terang dengan lampu kelap kelip yang menerujakan.

No comments:

Blog Archive