PADA 12 September 2020 semasa penamaan calon DUN Sulaman sempena PRN-16 Sabah, diumumkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai platform persefahaman antara parti-parti yang melawan Parti Warisan dan UPKO.
Maksud platform pesefahaman itu, semua parti yang bernaung di bawahnya adalah calon-calon GRS.
Keputusan PRN tersebut, parti-parti yang bernaung pada plaform tersebut menang 38/73, dan membentuk Kerajaan yang dinamakan Kerajaan GRS.
Selepas GRS didaftarkan sebagai parti, maka Kerajaan dijenamakan sebagai Kerajaan GRS-BN.
Kerajaan GRS-BN dijenamakan semula kepada Kerajaan GRS-PH Plus selepas berlakunya Langkah Kinabalu pada 6 Januari 2023.
Kali pertama GRS bertanding sebagai sebuah parti politik pada PRU-15 peringkat parlimen pada November 2022, dan menang 6 kerusi.,
Kini, GRS sebahagian Kerajaan Persekutuan yang diterajui Pakatan Harapan (PH).
GRS ditubuhkan sebagai platform perjuangan politik untuk negeri Sabah Sahaja, tidak melebarkan sayap di luar Sabah. Sebab itu, perjuangan parti itu, adalah Rumah Kita, Kita Jaga berlandaskan SabahFirst, SabahForward, SabahProsper dan SabahUnited Demi Sayangi Sabah.
Hasrat parti tersebut menjadi platform utama rakyat Sabah dalam arena politik, pun demikian, menerima kepelbagaian pendekatan sesuai dengan system demokrasi yang diamalkan di negara ini, mana-mana parti berdaftar boleh bertanding pada setiap pilihan raya.
Untuk merealisasikan hasrat GRS, mencontohi seperti GPS Sarawak, terletak di tangan 1.9 juta pengundi Sabah pada PRN-17.
GRS tidak semestinya menang 73/73, akan tetapi menukupi apabila menang sekurang-kurangnya 37/73, kerana jumlah tersebut adalah syarat minimum menubuhkan Kerajaan.
Dalam senario politik masa kini, menang dengan kuasa 2/3, bukan lagi pilihan, melainkan memadai dapat menubuhkan Kerajaan. Era ini, sesebuah Kerajaan memerlukan kuasa Semak dan imbang, agar Kerajaan yang diberi mandat dapat bekerja sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan negeri.
Di atas kertas, GRS tiada masalah untuk menang 37/73 pada PRN-17, kerana menurut analisis penulis, berpandukan pada keadaan lapangan daripada berbagai sumber, 25/73 adalah kawasan boleh menang bagi GRS dengan undi popular, dan 22/73 boleh menang dengan undi terbanyak (First Past The Post).
Kebolehan menangan tersebut, dirai, menerusi apapun bentuk pendekatan yang digunakan parti tersebut dalam pilihan raya tersebut.
No comments:
Post a Comment