DUA pemimpin Sabah mengaku pakar untuk menyelesaikan kemiskinan, iaitu Datuk Shafie Apdal dan Datuk Bung Moktar Radin.
Secara tersirat dua pemimpin ini mempunyai kuasa luarbiasa, dan jika menjadi Ketua Menteri Sabah, kemiskinan Sabah akan selesai 100 peratus.
Faktanya, kerana dua pemimpin ini, pemimpin tiada kuasa luar biasa, maka, latar belakang masing-masing menunjukkan kegagalan yang tiada tara sebagai pemimpin.
Shafie mewakili Semporna, dan Bung Kinabatangan, dan sama-sama mempunyai rekod yang hampir sama daripada segi tempoh sebagai wakil rakyat, akan tetapi, keadaan kawasan yang diwakili, masih seperti era 60-an.
Tidak mengapa lah jika Kinabatangan berkeadaan demikian, kerana Bung hanya jadi Timbalan Ketua Menteri selama dua tahun, akan tetapi Shafie yang berganti-ganti kementerian, termasuk Ketua Menteri, keadaan Semporna tidak berubah.
Menjelang PRN-17 Sabah, dua pemimpin itu saban hari mengeluarkan kenyataan menyentuh kemiskinan Sabah, malah Bung memberi tahu rakyat, punca kemiskinan Sabah kerana kesan kerajaan yang dipimpin parti tempatan. Manakala Shafie pula fokus dengan dakwaan kepimpinan negeri tiada kemampuan memerintah termasuk mendakwa Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya sebagai gagal.
Pandangan penulis, hakikatnya, dua pemimpin itu secara tidak langsung mengaku apa yang dicakap betul atau tidak, yang penting dapat tepukan dan dilaporkan oleh wartawan yang juga tidak celik maklumat atau data sebenar.
Data kemiskinan disimpan oleh Jabatan Statistik Negara. Berpandukan rekod statistik, Sabah berada pada urutan pertama antara tahun 1994-sekarang; ketiga (1985-1994); kelima (1967-1985). Data ini menunjukkan, semakin lama rakyat Sabah mengecapi kemerdekaan, maka semakin miskin.
Semasa parti tempatan memerintah Sabah, memang betul daripada urutan ke-5 ke urutan ke-3 (semakin kecil angka semakin miskin), akan tetapi sebaik Parti Umno menerajui kerajaan terus naik ke urutan pertama. Jadi apa justifikasi Bung mengaitkan kemiskinan Sabah dengan parti tempatan, sedangkan rekod, pencapaian parti tempatan lebih baik berbanding parti nasional.
Untuk rekod, mana lah tahu Bung masih ada kemampuan membaca, bahawa urutan kerajaan bagi negeri Sabah adalah tahun 1967-1976: Parti Usno; 1976-1985: Parti Berjaya; 1985-1994: Parti PBS dan 1994-2018: Umno/BN; 2018-2020: Warisan-PH; 2020-2023: GRS-Umno/BN; 2023-kini: GRS-PH Plus.
Berpandukan pada rekod, adalah TIDAK benar, bahawa Sabah jadi miskin kerana diperintah parti tempatan, melainkan yang memiskinkan Sabah adalah pemerintahan parti Malaya.
Kemiskinan bersifat “stubborn” (degil) sukar ditangani kerana terikat dengan status kehidupan semasa antara lain faktor kos sara hidup, peluang pekerjaan/perniagaan, infrastruktur, aktiviti ekonomi dan isu-isu semasa yang berkesan pada kehidupan harian seperti bencana penyakit, bencana alam dan isu-isu global.
Menangani isu kemiskinan, kerajaan off the day perlu menggunakan kaedah meningkatkan hasil negeri, meningkatkan nilai perdagangan, menarik sebanyak mungkin pelabur, menganeka ragam aktiviti ekonomi, selain menyelesaikan isu-isu infrastruktur termasuk kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan jalan-jalan perhubungan.
Kerana kesadaran mengenai kemiskinan dan kemunduran, kerajaan hari ini telah melancarkan Pelan Pembangunan dan kemajuan iaitu HALA TUJU SABAH MAJU JAYA. Menerusi hala tuju tersebut telah digariskan tindakan/strategi yang dibahagi-bahagikan menerusi pelbagai teras berpandukan pada keboleh kelaksanaan yang disesuaikan dengan sumber-sumber negeri baik di daratan mahupun lautan.
Apa yang dilaksanakan Kerajaan hari ini menerusi hala tuju SABAH MAJU JAYA sedang berada pada landasan tepat dan betul, seperti mana dibuktikan menerusi peningkatan hasil negeri dalam tempoh tiga tahun berturut mencipta rekod dan untuk tahun 2023 hampir mencecah RM7bilion, nilai dagangan melepasi RM100 bilion, dan rizab kewangan RM8bilion.
Menyelesaikan isu-isu kemiskinan perlu masa dan kewangan, demikian juga infra yang mendokongnya, dan semua itu dimaklumi para pemimpin Kerajaan Sabah hari ini, dan penulis yakin, sebelum tahun 2030, Sabah akan lepas landas (take off) menunju negeri maju.
Data atau rekod pencapaian Kerajaan Sabah hari ini dengan sendiri menjawab putar belit Shafie dan Bung, yang masih cuba mempengaruhi rakyat untuk menyokong mereka.
Dalam tempoh 4 tahun kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor, telah banyak dilaksanakan semata-mata untuk menjadikan negeri tidak menepati urutan pertama kemiskian dalam negara, malah lebih baik.
Pengenalan Rumah SMJ untuk golongan rakyat tidak berumah (miskin tegar), meningkatkan peruntukan untuk pendidikan ke paras lebih RM100juta, memyelesaikan isu tenaga dengan membina Hidroelektrik Ulu Padas, membina loji penyimpanan tenaga bateri (BESS), meneroka ekonomi biru, menganeka ragam sumber kutipan hasil termasuk kerjasama komersial SMJE dengan Petronas, meningkatkan keluaran padi menerusi Lembaga Padi Sabah, selain penggalakkan golongan belia mencebur diri dalam dunia perniagaan, selain merancakkan industri pembinaan menerusi inisiatif Rumah ke-2 sebagai penggalak kepada pelaburan asing.
Setiap kemajuan dan pembangunan perlu bermula dengan langkah pertama, sama seperti menanam tanaman, memerlukan tempoh masa untuk dituai. Belum ada penemuan. ayam bertelur hari ini, hari ini juga menetas.
Atas sebab itu, kepada rakyat Sabah, jika dua pemimpin (Shafie dan Bung) bercakap berkaitan kemiskinan, kemajuan dan pembangunan, asasnya, kerana mereka TIADA KUASA, kerana tiada kuasa, maka apabila bercakap, IKAN KERINGPUN BOLEH BERENANG.
No comments:
Post a Comment