Thursday, November 07, 2024

NAMA MUSA MASIH DIGERUNI

WALAUPUN Tan Sri Musa Aman bersara daripada politik sejak PRN-16 Sabah apabila tidak mempertahankan kerusi Dun Sungai Sibuga yang disandang sejak tahun 1994, akan tetapi menjelang PRN17 Sabah yang bakal diadakan tidak lama lagi, nama bekas Ketua Menteri terlama Negeri Sabah tersebut diapungkan semula akan tetapi dengan niat jahat, pukul anak sindir menantu oleh pemimpin dan penyokong Parti Warisan.

Perbuatan mawar chanel (masih warisan) kawalan Ketua Penerangan Parti Warisan, Datuk Ajis Jamman membuat infograik ucapan tahniah palsu kepada Tan Sri Musa, atas perlantikan sebagai TYT Sabah, bukan sahaja berniat jahat, akan tetapi menghina mantan Ketua Menteri tersebut, malah memperlekeh sumbangan terhadap negeri dan rakyat, termasuk mengheret para pemimpin dan rakyat yang pernah bersama-sama menyokong kepimpinan beliau.

Kecuali pemimpin dan penyokong Parti Warisan, pemimpin dan rakyat Sabah berterima kasih pada Musa kerana era beliau lah Sabah mengecapi pembangunan moden, era mengutamakan kutipan hasil negeri bukan lagi bersandar pada kayu kayan, akan tetapi daripada hasil-hasil industri menerusi kutipan cukai.

Era kepimpinan Musa lah rizab kewangan negeri dijadikan salah satu sasaran pengembangan perekonomian negeri, untuk keterjaminan penarafan kewangan yang sihat. Rizab kewangan terhasil kerana kutipan hasil lebih tinggi berbanding perbelanjaan.

Kepimpinan Musa kali pertama rizab kewangan negeri mencecah bilion-bilion ringgit, rentetan bajet suplus era kepimpian beliau, berbanding semasa beliau dilantik ke jawatan ketua menteri pada Mac 2023, rizab kewangan negeri lebih sedikit daripada RM100juta, jauh di bawah keperluan kecemasan yang diperlukan sesebuah kerajaan negeri, atau boleh dikatakan kerajaan negeri diambang “muflis”.

Sumbangan Musa terhadap kemajuan dan pembangunan negeri adalah terbaik era kerajaan pada masa itu, atas sebab itu diberi gelaran Bapa Pembangunan Moden Sabah.

Daripada segi pertumbuhan ekonomi, menjelang PRU-14, tahun 2018, pertumbuhan ekonomi negeri pada 2017 adalah 8.2%, kelanjutan pertumbuhan bertahun-tahun pada kadar tersebut.

Jika berpandukan pada jasa dan sumbangan Musa, jawatan TYT bukan lah ukuran, akan tetapi dalam konteks negeri Sabah, kedudukan tersebut yang tertinggi, maka, sangat wajar, jika jawatan TYT dikurniakan kepada beliau sebagai bentuk penghargaan atau manifestasi ucapan terima kasih pada sumbangan beliau pada negeri dan rakyat Sabah.

Seingat penulis, walaupun tiada maksud mengulas sumbangan mereka yang pernah dilantik sebagai TYT, status Musa, adalah setara dengan Allahyarham Tun Mustapha dan Tun Fuad, ertinya, mana-mana pihak yang ada niat mempersoal status mantan Ketua Menteri itu, adalah cerminan rendahnya martabat mereka, kerana tiada naluri, tiada kemampun menilai apa erti kebaikan. Lazimnya, kategori itu, hanya ada pada binatang, kerana binatang tidak dilengkapi akal dan fikiran.

Jika kerajaan Sabah hari ini di bawah kepimpinan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor dapat meningkatkan kutipan hasil negeri melepasi RM5 bilion, dalam tempoh 4 tahun memerintah, era Musa juga berlaku lonjakan yang sama, apabila mencapai kutipan hasil secara berperingakat melepasi angka RM3bilion dan RM4 bilion, berbanding berdekad-sekad sebelum itu, kutipan hasil negeri berlagar pada angka RM2bilion.

Percaya lah apapun tindak tanduk pemimpin dan penyokong Warisan cuba memalitkan imej tidak baik pada Musa, bisa ular tidak akan hilang walaupun menyusur akar. Sumbangan Musa akan terus dikenang rakyat yang tahu menilai mana intan mana batu.

No comments:

Post a Comment