Saturday, November 11, 2023

GAGASAN RAKYAT MENYAHUT ASPIRASI RAKYAT SABAH

ISNIN depan 13 November 2023, di SICC, perwakilan dan pemerihati akan menghadiri Persidangan Agung Tahunan (PAT) Gagasan Rakyat kali pertama selepas dilancar pada 2 Mac tahun ini.

Dalam hibahan awal, Ketua Penerangan parti itu, Datuk Haji Nizam DSP Abu Bakar Titingan mengalu-alukan kedatangan para perwakilan dan pemerhati daripada 73 bahagian seluruh Sabah dan satu bahagian daripada WP Labuan.

Menerusi PAT ini, yang dinanti-nantikan adalah UCAPAN DASAR daripada Presiden, kerana bakal menjadi azimat dan pedoman bukan sahaja ahli parti akan tetapi rakyat Sabah secara umum.

Kehadiran Gagasan Rakyat pada hakikatnya adalah untuk menyahut aspirasi rakyat Sabah yang mahukan sebuah parti lokal/tempatan. Justeru itu, Gagasan hadir dengan motto “Sabahfirst”, “Rumah Kita”, “Kita Jaga”.

Kehadiran Gagasan Rakyat pada asasnya adalah untuk memperkuat, memperkukuh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebuah flatform politik baharu yang telah mendapat kepercayaan rakyat pada PRN16 Sabah.

Penulis menduga, dalam ucapan dasar sulung presiden, akan menekankan elemen taat-setia pada perjuangan, integriti dan prinsip, tidak goyah dengan sebarang kemungkinan melainkan teguh, kukuh, bagaikan batu karang di tengah lautan, dibadai taufan, ombak, tetapi kekal kukuh pada posisi.

Ingatan presiden sudah tentu mengambil maklum senario politik tanah air yang sentiasa berombak, sehinggakan, akta lompat parti yang telah berkuatkuasa, tidak juga mampu mencegah petualang politik.

Perbuatan pertualangan politik boleh menyebabkan rakyat tawar hati, hilang kepercayaan pada pemimpin politik, akhirnya membawa mudarat pada sistem demokrasi yang diamalkan negara.

Kesan petualangan politik bukan sahaja perbuatan mengkhianati pengundi akan tetapi parti yang diwakili.

Bermula daripada sekarang, semua pihak, perlu menggunapakai, selepas sahaja pilihan raya, parti yang diberi mandat rakyat perlu diberi peluang meneruskan pemerintahan dan pentadbiran sehingga tamat penggal, tanpa diganggu gugat, dan jangan ada lagi cubaan menukar kerajaan di pertengahan jalan.

No comments:

Blog Archive