AMBIL iktibar satu persoalan dalam filem P.Ramlee, Nujum Pak Belalang, terletak di mana kah kekuatan Hang Tuah? Jawabannya pada huruf pertama nama pahlawan melayu tersohor itu.
Demikian juga pada Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Kekuatan pada parti itu, terletak pada perkataan pertama pada nama parti itu, iaitu GABUNGAN.
Jawapan pada kewujudan parti politik yang begitu banyak, kemajmukan masyarakat, adalah menerusi Gabungan.
Apabila semua pihak bergabung, maka menjadi satu kekuatan. Ibarat maksud peribahasa sebatang lidi mudah dipatah, seberkas, bukan sahaja liat akan tetapi tidak semudah itu untuk dipatahkan.
Parti-parti yang bergabung menjadi satu Gabungan saling melengkapi antara satu sama lain untuk mencapai satu kekuatan.
Kesan daripada pengGabungan, maka kelebihan dan kekuatan diserap bersama, sementara kelemahan dan kekurangan dipikul bersama. Maka pengertian peribahasa berat sama dipukul ringan sama dijinjing benar-benar diadopsi.
Senario politik terkini negara,, untuk menjadi kuat maka perlu bergabung. Telah dibuktikan pada pasca PRU-15, penubuhan kerajaan berpandukan pada pengabungan berbagai parti.
Dengan mengambilkira senario politik tanah air, kewujudan Gabungan bukan sahaja tepat akan tetapi menepati masa.
Rakyat tentunya merasa selamat dan yakin terbela apabila membuat ketetapan menyokong parti yang mereka kenali “Better the devil you know than the devil you don’t”.
Elemen-elemen berkaitan perasaan rakyat lah diambilkira oleh para pemimpin parti-parti yang bergabung dalam Gabungan Rakyat Sabah.
Jika meneliti para pemimpin parti lain yang berkenderungan mengelak untuk bergabung dan memilih bersendirian, menunjukkan mereka itu masih terlepas pandang keinginan rakyat secara umum.
Para pemimpin parti-parti dalam Gabungan telah mengambil iktibar perubahan politik pasca PRU-14, bahawa untuk sesebuah parti kekal relevan tidak boleh bersendirian lagi, melainkan perlu bersama-sama dengan parti-parti yang seideologi mengumpul kekuatan menerusi sebuah Gabungan.
Petikan ucapan pemimpin parti-parti yang bergabung dalam GRS semasa pelancaran jelajah parti Gabungan itu pada September 2022, sangat jelas, kekuatan hanya dapat diwujudkan menerusi parti seperti GRS.
Kekuatan Gabungan pada hakikatnya terletak pada parti-parti yang bergabung. Besar kecilnya parti dalam gabungan tersebut mendokong kekuatan. Kesan kekuatan Gabungan itu, semasa PRU-15 apabila menang 6 kerusi parlimen termasuk dapat merampas parlimen Tawau dan Batu Sapi, dan memberi saingan sengit di beberapa kawasan termasuk di Parlimen Tuaran dan Kudat.
Kekalahan di kawasan-kawasan lain, kerana isu tempatan yang terkait dengan calon yang melawan calon Gabungan tersebut.
Kelebihan elemen pemimpin-etnik/kaum-kawasan yang ada pada parti lain, ada lah faktor yang menyebabkan calon-calon Gabungan kalah di 7 kawasan parlimen semasa PRU-15.
Kekalahan tersebut penulis melihatnya hanya sementara, dan pasti ianya ditangani sebaik mungkin untuk berhadapan pilihan raya- pilihan raya akan datang.
Para pemimpin Gabungan sudah tentu mempunyai keputusan bedah siasat/hasil penilaian kekalahan calon-calon di kawasan-kawasan yang ditandingi, dan seterusnya mengatur strategi untuk merampas kawasan-kawasan sedemikian.
Mengambil iktibar pada faktor kemenangan yang tertakluk pada sentimen semasa dan terkini yang dikomplimen dengan tiga elemen- pemimpin-etnik/kaum-kawasan, tentunya menjadi faktor-faktor yang diambilkira oleh para pemimpin Gabungan.
Pengaruh sentimen semasa senario politik apabila dikombinasi dengan elemen pemimpin (baca calon)-etnik/kaum- kawasan boleh menjadi faktor pembuat kejutan, apabila calon-calon ada nama dan kedudukan dapat dikalahkan.
Kemenangan calon-calon tidak berparti mengesahkan bahawa faktor isu semasa-pemimpin-etnik/kaum-kawasan apabila berkombinasi dan sinkronise boleh menghalang kemenangan calon-calon parti termasuk mereka yang berstatus
Penekanan pada tiga elemen yang kerap sekali penulis rujuk, telah diadaptasi oleh sebuah komponen parti gabungan yang dilancar pada 2 Mac 2023- Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). Matlamatnya, tiada lain, sebagai pendokong utama pada parti Gabungan untuk merealisasikan visi menjadi parti utama rakyat di bumi Sabah.
Pengerusi Gabungan bersama para pemimpin parti-parti Gabungan sangat maklum berkaitan kecenderungan rakyat, bahawa tiada mana-mana pemimpin atau parti boleh memaksa rakyat menyokong, melainkan sokongan terletak ditangan rakyat sendiri.
Dengan mengambil iktibar pada kecenderungan rakyat itu, maka lahirlah pendekatan- Ini Rumah Kita- Kita Jaga Rumah Kita.
Menerusi pendekatan - Ini Rumah Kita-Kita Jaga Rumah Kita - Gabungan mencipta kekuatan tersendiri berbanding blok parti-parti lain.
Pendekatan Ini Rumah Kita-Kita Jaga Rumah kita, bukan sahaja disambut oleh mereka yang minat politik akan tetapi juga oleh rakyat biasa, termasuk lah golongan anak muda.
Gambaran rumah yang digunapakai Gabungan (baca GRS) sangat mengena di hati rakyat Sabah secara umum, dan tidak keterlaluan termasuk mereka yang menjadi ahli dan penyokong parti-parti lain.
Oleh kerana ramai yang tercuit hati berkaitan pendekatan yang diperkenalkan oleh Pengerusi Gabungan tersebut yang juga Presiden Gagasan Rakyat, maka telah menjadi katalis pada pemimpin akar umbi parti-parti lain keluar daripada parti mereka dan menyertai Gabungan atau Gagasan.
Untuk makluman pembaca dan orang ramai, GRS adalah parti yang menerima dua strata keanggotaan, boleh sebagai parti atau pun secara individu.
GRS pada hakikatnya daripada permulaan lagi dirancang sedemikian rupa untuk menjadi parti pilihan rakyat mewakili parti-parti tempatan dan rakyat Sabah di persada politik tanah air.
Gambaran kekuatan Gabungan akan benar-benar dilihat pada PRN-17 Sabah akan datang. Apa kah Gabungan tersebut benar-benar menjadi parti pilihan atau sebaliknya.
Namun berasaskan determinasi para pemimpin parti itu dan sambutan dan reaksi rakyat, tiada kesangsian bahawa parti itu dapat direalisasikan sebagai parti pilihan rakyat Sabah.
Apa kah sesebuah parti mendapat sokongan rakyat semasa pilihan raya, akan dinilai oleh rakyat daripada segi pendekatan para pemimpin parti, umpamanya bagai mana tindak tanduk para pemimpin di kawasan masing-masing.
Apa kah mereka mesra rakyat? Apa kah mereka kerap turun padang? Apa kah mereka itu peka terhadap permasalahan rakyat? Jika semua pertanyaan ini berjawab negatif, maka pencapaian kerajaan yang sedang memerintah sehebat mana pun, akan berhadapan masalah semasa pilihan raya.
Atas sebab itu di masa lalu, walaupun calon parti adalah mereka yang berkedudukan termasuk jawatan menteri, atau pengerusi mana-mana syarikat berkait kerajaan atau pun berkedudukan dalam parti, kalah dalam pilihan raya.
Senarai pertanyaan-pertanyaan yang penulis utarakan, dilihat telah diambil maklum oleh para pemimpin parti itu, kerana didapati mereka menggunakan platform media sosial untuk berkongsi aktiviti harian mereka khususnya di kawasan masing-masing.
Aktiviti mereka bukan sahaja menyantuni rakyat yang terkena musibah, akan tetapi juga termasuk majlis-majlis perkahwinan, sambutan keagamaan atau pun kebudayaan.
Dalam era sekarang, cukup mudah bagi rakyat mengetahui aktiviti para pemimpin yang aktif dalam media sosial. Bukan aktiviti saja, akan tetapi juga perkongsian mereka berkaitan kemasyarakatan, pemerintahan, pembangunan, atau berkaitan motivasi.
Untuk mengetahui aktiviti masing-masing cukup melawat laman sosial media masing-masing seperti facebook, instagram atau tiktok, tidak perlu menunggu laporan media bercetak atau media sosial yang dikendalikan oleh pengamal media atas talian.
Perkembangan teknologi informasi dengan perantara internet memudahkan setiap pemimpin berkomunkasi dengan rakyat termasuk berinteraksi.
Penulis melihat, elemen-elemen berkaitan perkembangan semasa, baik politik, ekonomi, sosial mahupun keagamaan, menjadi kegemaran para pemimpin Gabungan, termask lah berinteraktif dengan rakyat.
Mungkin para pemimpin telah menerima bahawa perkembangan teknologi informasi adalah sebahagian pemudah cara untuk dekat dengan rakyat, kerana menerusi kekuatan perkongsian atas talian, tidak mengenal lagi lokasi dan masa, melainkan rakyat dapat makluman secara serta merta.
Bagi mereka yang gemar mengikuti perkembangan projek-projek kemudahan rakyat yang diumumkan oleh pihak kerajaan menerusi para pemimpin dapat merekod dan mencatit kemudahan-kemudahan tersebut sebagai panduan di masa depan.
No comments:
Post a Comment