Thursday, October 26, 2023

PERUNTUKKAN PEMBANGUNAN SABAH MENINGKAT

SABAN tahun sejak tahun 2021, peruntukkan pembangunan untuk Sabah terus meningkat, samada peruntukkan Persekutuan mahupun negeri.

Memang daripada segi jumlah, peruntukkan terus bertambah, akan tetapi jika dibandingkan dengan jumlah belanjawan keseluruhan, peratus untuk pembangunan menurun (kecuali bagi tahun 2023 peruntukan Persekutuan), berbanding jumlah belanjawan yang meningkat.

Peruntukkan pembangunan Persekutuan untuk Sabah tahun 2021 RM5.1 bilion ( 1.58 peratus daripada RM322.5 bilion, tahun 2022 RM5.16 bilion ( 1.55 peratus daripada RM332.1 bilion) dan 2023 RM6.5 bilion ( 1.67 peratus daripada RM388.1 bilion).

Kerajaan Negeri pula memperuntukkan untuk pembangunan bagi tahun 2021 RM733.10 juta (17.04 peratus daripada RM4.303 bilion), tahun 2022 RM741.57 juta (16.14 peratus daripada RM4.596 bilion) dan tahun 2023 RM788.94 juta (15.36 peratus daripada RM 5.138 bilion).

Walaupun Belanjawan Negeri tahun 2023 adalah jumlah yang tertinggi pernah direkodkan, demikian juga jumlah peruntukan pembangunan tertinggi dalam tempoh 3 tahun, akan tetapi peratusan menurun.

Jika diperhatikan, peratus peruntukkan pembangunan untuk tempoh 3 tahun, walaupun jumlah bertambah, akan tetapi peratus terhadap belanjawan menurun. Apa kah maknanya? Peningkatan belanjawan kerana meningkatnya kos pengurusan.

Kutipan hasil negeri walaupun berkenderungan meningkat, akan tetapi juga kos pengurusan juga turut meingkat. Kos pengurusan yang meningkat tidak boleh dielak, kerana kesan kenaikkan kos perkhidmatan, harga barang selain kesan penurunan nilai wang ringgit.

Kenaikkan kos mengurus kerana adanya pertambahan lantikkan kakitangan, kenaikkan gaji, bayaran bonus, selain kos perjalanan dalam atau luar negara dan majlis-majlis rasmi.

No comments:

Blog Archive