Thursday, September 14, 2023

TINGKATKAN PENDAPATAN ISI RUMAH TANGANI KEMISKINAN

KERAJAAN Madani mengambil pendekatan tingkatkan pendapatan Isi Rumah untuk tangani kemiskinan.

Apabila berkaitan tingkatkan pendapatan, maka ianya berkaitan peluang pekerjaan atau perniagaan.

Apabila pendapatan meningkat, miskin sara hidup dapat ditangani sendiri oleh isi rumah.

Tiada cara tangani kemiskinan, melainkan menerusi pekerajaan atau perniagaan. Sebab itu, pendidikan perlu, untuk meningkatkan peluang samada pekerjaan atau perniagaan.

Mengapa ada rakyat terperangkap dengan kemiskinan, kemudian bertambah buruk menjadi golongan miskin tegar? Sebabnya miskin kemudahan asas,miskin tempat belajar, miskin sebarang kemajuan. Ada pemimpin kata, mengapa bina rumah di cerok-cerok? Sebabnya mereka itu ikut kehidupan tradisi, petani pindah randah, atau bergantung laut atau sungai sehingga berakhir di hujung perkampungan/tepi sungai  dan terpaksa menetap.

Oleh kerana perkampungan yang mereka duduki jauh daripada bandar/pekan, maka kemudahan asas pun sangat minimum. Jangan cerita berkaitan kemudahan letrik atau bekalan air bersih, jalan perhubungan pun tiada.

Penulis ingat betul, kampung penulis di Kota Belud, hanya 16 kilometer daripada pekan Kota Belud. Tiada halangan bukit bukau, sungai, akan tetapi bekalan letrik hanya sampai pada tahun 1994, sementara bekalan air bersih sehingga kini belum sepenuhnya, walaupun paip-paip saluran air telah dipasang bermula tahun 2017.

Jika ada pemimpin politik negeri yang mencangkan perlu mengambil alih kerjaan negeri pada PRN17, kerana menerusi kepimpinan mereka isu kemudahan asas boleh diselesaikan. Tidak kah pemimpin itu ingat, parti yang beliau wakili ada lah parti yang memerintah negera sejak merdeka?.

Sabah yang merupakan negeri luas, masih terdapatnya taburan penempatan yang berjauhan antara kampung dengan kampung, selain kedudukan perkampungan jauh daripada pusat sumber, maka untuk mengatasi kemudahan asas memerlukan masa panjang dan kewangan yang banyak.

Jangan kan bercakap berkaitan kemudahan asas di perkampungan di pedalaman, di kawasan Bandar dan pinggir bandar pun masih dihantui masalah kemudahan asas.

Tiada mana-mana kerajaan atau pemimpin kerajaan mengabaikan berkaitan kemudahan asas rakyat, akan tetapi seperti yang dikatakan pada awal tulisan ini, ianya memerlukan masa dan kewangan.

Cuba ambil iktibar berkaitan lebuh raya Pan Borneo, hanya direalisasikan semasa era Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri. Setengah abad merdeka, baru Sabah mendapat lebuh raya, itu pun belum siap sepenuhnya. Mengapa keadaan ini berlaku? Kerana isu kewangan dan iltizam pemimpin terdahulu.

Demikian juga, mengapa Sabah mempunyai ramai rakyat miskin termasuk miskin tegar, kerana selain isu kemudahan asas, juga miskin daripada segi peluang.

Tahun 2004, Kerajaan Sabah memperkenalkan MINI ESTET SEJAHTERA (MESEJ), tujuan membuka peluang pada rakyat yang miskin peluang yang diperlukan oleh manusia. Matlamatnya agar golongan sasar ini dapat meningkatkan pendapatan. Kaedah ini hampir sama dengan pendekatan Kerajaan Madani dalam membasmi kemiskinan.

MESEJ semacam Central Business District (CBD) bagi kawasan bandar. Jika jumlahnya meningkat, maka limpahan kemajuan akan dirasai, demikian penduduk yang terlibat merasai peningkatan pendapatan isi rumah.

Jika kaedah penyelesaian isu kemudahan asas di kawasan-kawasan yang jauh daripada pusat sumber atau bandar, perlu memperbanyak MESEJ, sebagai upaya menangani isu kemiskinan. Penulis yakin kerajaan MADANI akan menyalurkan kewangan yang diperlukan untuk merealisasikan kaedah ini, kerana terbukti kaedah ini praktikal menjawab isu pendapatan isi rumah. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Post a Comment