Friday, September 15, 2023

SG4 PADANGAN SALLEH MENTERJEMAH KEADAAN SEBENAR

PENULIS bersetuju pandangan Datuk Dr Salleh Tun Said berkaitan pengiktiran empat negeri yang diterjaui Parti PAS di Semenanjung kepada Tun Dr Mahathir sebagai “De Facto Leadar”, dan tidak secara langsung juga untuk Perikatan Nasional.

Kunjungan empat Menteri Besar yang disertai Presiden Parti Pas dan pemimpin utama lain ke kediaman Tun Dr Mahathir, yang bermisi “Perpaduan Melayu” telah terjawab menerusi terjamahan mantan Ketua Menteri Sabah tersebut.

Salleh juga dapat menterjemahkan dengan jitu, bahawa empat negeri, iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadi negeri-negeri kumpulan PN, dan melantik Tun Dr Mahathir sebagai penasihat tidak rasmi.

Apa yang penulis tidak mampu melihat, mengapa kah Parti PAS yang mempunyai susunan organisasi/kepimpinan yang begitu jelas, melantik seseorang yang pernah ditolak dengan teruk oleh pengundi pada PRU15? Apa kah muslihat disebalik “perlantikan ini”?

Apa kah perlantikan itu ada hubungkait dengan PRU16? Atau kah akan diwujudkan kelompok negeri-negeri melayu di Semenanjung?

Empat negeri melayu itu, jika dilihat daripada segi jumlah kerusi parlimen hanya 40/222, 18 peratus daripada keseluruhan kerusi parlimen negara.

Atau kah perlantikkan ini sebagai isyarat peralihan kepimpinan pada Perikatan Nasional, kerana dikatakan Tan Sri muhyiddin Yassin tidak mempertahankan jawatan Presiden BERSATU, sekali gus melepaskan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional.

Apabila berlaku kekosongan jawatan, maka BERSATU secara tidak langsung tidak dapat menutut jawatan itu apabila parti itu dipimpin pemimpin lain, kerana adanya pemimpin berstatus “De Facto Leader”. Ini juga bermakna, parti PAS “tidak” mengiktiraf mana-mana pemimpin BERSATU yang kelak mengambil alih kepimpinan parti itu untuk mengetuai Perikatan Nasional.

Isu di sini, sejauh mana Tun Dr Mahathir boleh bertahan sebagai ‘De Facto Leader”?memandangkan usia pada mantan Perdana Menteri itu menjadi penghalang utama.

No comments:

Post a Comment