Sunday, September 17, 2023

SABAH SEDANG MENCARI PARTI POLITIK DOMINAN

PASCA PRU14, boleh dikatakan permulaan baru politik Sabah, apabila didapati belum ada parti politik dominan yang menjadi pilihan utama rakyat.

Parti dominan yang dimaksudkan, adalah parti yang boleh berdiri sendiri tanpa bantuan parti lain daripada segi kerusi majoriti Dewan Undangan Negeri.

Memang telihat adanya indikasi parti mana bakal menjadi parti dominan menerusi PRN16 Negeri dan PRU15 tetapi secara nyata ianya hanya dapat dibuktikan pada PRN17 Sabah.

Antara parti-parti yang masih mencuba menjadi parti dominan pada PRN17, selain parti Umno/BN yang pernah menjadi parti dominan sebelum ini, juga parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang sedang menerajui kerajaan negeri.

Untuk sementara, jika dilihat daripada segi jumlah ADUN, GRS adalah parti terbesar dalam DUN Sabah, akan tetapi sebahagian daripada ADUN itu, adalah mereka yang menukar platform perjuangan selepas menang menerusi parti masing-masing.

Pada PRN17, parti mana kah bakal menjadi parti dominan, akan dipengaruhi tiga elemen serangkai, iaitu PEMIMPIN-ETNIK/KAUM-KAWASAN.

Tiga elemen serangkai ini adalah penanda aras bagi mana-mana politik yang pernah menjadi parti dominan di Sabah sebelum ini.

Mana-mana parti yang dapat menterangkumkan tiga elemen ini, bakal dapat menggamit mandat rakyat pada PRN17 Sabah.

Tidak dinafikan, bahawa rakyat Sabah masih berminat pada politik pembangunan, akan tetapi, ianya juga sangat bergantung pada tiga elemen serangkai yang disebutkan. Di sisi lain juga, rakyat Sabah masih memilih berkaitan sentimen yang dibawa sesebuah parti, dan tidak jarang sentimen mengatasi politik pembangunan.

Penulis telah memerhatikan bahawa politik Sabah, mana-mana parti yang menterangkumkan tiga elemen serangkai dan menyuntik sentimen yang mengena pada fikiran/aspirasi rakyat, maka parti itu mendapat sokongan pada pilihan raya.

Politik Sabah masa lalu, seperti Parti BERJAYA, Parti PBS, kemudian UMNO/BN adalah parti-parti yang mendapat manfaat daripada tiga elemen serangkai dan sentimen, lalu menadapat mandat rakyat pada pilihan raya.

Demikian juga Parti Warisan, juga mendapat manfaat tiga elemen serangkai dan sentimen, walaupun tidak menang dalam pilihan raya, akan tetapi menyebabkan parti kerajaan tidak dapat menubuhkan kerajaan kerana tidak mendapat kerusi majoriti.

Pada PRN16 Sabah, parti-parti yang bernaung dalam GRS, juga dapat manfaat tiga serangkai dan sentimen, apabila mendapat 38/73 kerusi, dan dapat membentuk kerajaan.

Namun, parti-parti itu kini tidak bersama-sama lagi, kerana ada yang memilih haluan sendiri, walaupun kerajaan yang dibentuk masih kekal kerana telah berlakunya penjajaran baharu di luar pilihan raya.

Pada PRN17 Sabah nanti, tentunya GRS selain mempertahankan status quo, juga mempunyai misi menjadi parti dominan Sabah menerusi slogan/misi/sentimen- INI RUMAH KITA, KITA JAGA RUMAH KITA. Akan berlawan dengan DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR (ABATA)- UMNO/BN; SABAH FOR SABAHAN (kini bertukar pada UNITY)- Parti Warisan, dan tentunya REFORMASI- Pakatan Harapan.

GRS dalam upaya mempertahankan status quo tentu bersandarkan pada pencapaian, yang digambarkan sebagai politik pembangunan. Seperti juga yang di gunakan UMNO/BN semasa berhadapan PRN-PRN yang lalu, menggunakan pendekatan politik pembangunan, namun terlampui “isu Sentimen” pada PRU14.

Pada PRN17 Sabah yang bakal diadakan pada Tahun 2025, sekali lagi akan dibuktikan, apa kah rakyat Sabah mengundi berasaskan sentimen atau kah politik pembangunan?

Jika berpandukan pada politik pembangunan, tentunya rakyat akan memilih GRS.

jika berpandukan pada sentimen/misi- maka masih tanda tanya.

Jika bersandarkan pada tiga elemen serangkai, persaingan sengit berlaku antara tiga blok parti: GRS-UMNO/BN-Parti Warisan khususnya di kawasan bumiputera.

Persaingan dalam kawasan bumiputera ada lah penentu, parti mana yang boleh menang kerusi terbanyak.

PH hanya bakal menjadi penentu selepas pilihan raya, apabila parti-parti yang bersaing di kawasan bumiputera tiada yang mendapat majoriti mudah.

Namun berasaskan pemerhatian penulis, antara blok parti yang bersaing di kawasan bumiputera, GRS berada di hadapan, selain faktor peneraju kerajaan, faktor politik pembangunan, faktor tiga elemen serangkai juga faktor sentimen.

Manakala parti pesaing, hanya ada faktor tiga elemen serangkai akan tetapi tidak menyeluruh atau melainkan “in-situ”.

Pendek kata, pada PRN17 Sabah akan datang, parti dapat menterangkumkan berbagai faktor bakal keluar sebagai pemenang dan sekali gus sebagai parti dominan Sabah.

No comments:

Post a Comment