Monday, September 18, 2023

PRK DUN PELANGAI: BN KEKAL DENGAN SYARAT PERATUS KAUM MELAYU KELUAR RENDAH.

JIKA tidak berlaku diluar jangka bagi 16,400 pengundi yang terdiri daripada 64 peratus pengundi Melayu dan 27 peratus pengundi Cina, calon BN boleh kekalkan DUN Pelangai jika berpandukan pada PRU15.

Pada PRU15, antara BN, PH dan PN, calon BN mendapat 58% undi; PH 16%;dan PN 26%. Pada PRU itu juga calon BN mendapat 60% pengundi Melayu dan 40% pengundi cina dan lain-lain apabila mendapat 7,308 undi daripada 12,599 pengundi yang keluar mengundi.

Oleh kerana PRK kali ini, PH-BN sepasukan, undi 60% kaum cina yang diperolehi PH tentunya mengundi calon BN. Atas sebab itu, jika tiada kejadian luar jangka, calon BN akan menang besar.

Luar jangka yang dimaksudkan apabila lebih 75% pengundi kaum melayu mengundi PN, dan sekurang-kurang 5% pengundi cina dan lain-lain 20%. Dalam senario ini PN akan buat kejutan.

DUN Pelangai ada lah kubu kuat BN berdekad lamanya,kerana DUN ini sebelum diwakili Allahyarham Johari Harun, diwakili berpenggal-penggal oleh mantan Menteri Besar Pahang Datuk Adnan Yaakob.

Selain itu Parlimen Bentong disandang PH menerusi parti DAP yang mana DUN yang diadakan PRK adalah salah satu DUN.

Akan tetapi mana-mana PRK boleh berlaku kejutan. Apa yang membimbangkan PH-BN, jika momentum kecenderungan pengundi seperti PRN2023 khususnya bagi pengundi kaum melayu. Jika momentum itu berterusan, tidak mustahil PN mendapat undi 75% daripada pengundi kaum melayu. Dalam keadaan ini, kalau pun calon BN akan mengekalkan DUN tersebut akan tetapi dengan jumlah majoriti tipis, berbanding majoriti pada PRU15,lebih 4,000 akan tetapi dengan syarat peratus pengundi kaum melayu yang keluar mengundi rendah, manakala pengundi bukan melayu keluar beramai-ramai.

No comments:

Post a Comment