Thursday, September 21, 2023

KESAN TIDAK DAPAT MENERIMA KEKALAHAN

APABILA kelemahan tidak dapat menerima kekalahan atau kehilangan kedudukan, maka yang menjadi sasaran adalah pemimpin yang diberi mandat/kepercayaan untuk memimpin.

Apabila timbul isu kenaikkan harga beras, mereka yang masih berbuku dalam hati atas sebab mereka sahaja yang tahu kerana kehilangan kedudukan/kuasa, maka sanggup mengedit bungkusan beras, dengan meletakkan gambar Ketua Menteri Sabah, disertai dengan info yang menggambarkan yang membuat tindakan itu kehilangan jatidiri/sifat-sifat sebagai manusia normal.

Penulis mendapat gambar daripada laman seorang kawan dalam laman FB yang mana gambar itu, menurut kawan itu dikongsikan menerusi kumpulan WA, dan tidak dapat memastikan sumber asal.

Menerusi gambar dan info yang dikongsikan menyalahkan Ketua Menteri Sabah kerana tidak dapat mengawal harga beras.

Ketua Menteri atau kerajaan negeri tiada kuasa mengawal harga beras. Apa yang boleh dibuat oleh Ketua Menteri atau kerajaan negeri, hanya boleh memberi subsidi pada pembeli, kerana harga beras di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.

Oleh kerana kenaikkan harga beras begitu cepat, sebaik sahaja BERNAS mengumumkan kenaikan pada Ogos bahawa mulai 1 September, semua beras putih import naik harga 36%.

Dalam keadaan yang segera, tiada mana-mana pihak dapat membuat keputusan segera berkaitan mekanisme membantu rakyat, termasuk memberi subsidi pada pembeli, kerana tiada data berkaitan volume atau jangka masa keadaan ini berlanjutan. Lagipun, Kerajaan Persekutuan telah memberi jaminan, bahawa hanya beras putih import sahaja yang naik harga, manakala beras tempatan kekal.

Pengguna mempunyai pilihan, membeli beras putih import atau beras putih tempatan.

Oleh kerana beras adalah barang yang memerlukan logistik, memang dalam keadaan mendadak, berlaku ketimpangan bekalan, ada kawasan berlebihan beras putih import, manakala beras putih tempatan kurang, demikian juga sebaliknya.

Selain itu, sebelum kenaikkan harga beras import, pilihan pengguna, kebanyakkan adalah beras putih import. Lagipun untuk Sabah, permintaan akan beras putih import cukup tinggi, sebagai contoh, pada tahun 2021, beras putih import sebanyak 290,000 tan, manakala beras putih tempatan hanya 22,000 tan.

Bagi rakyat Sabah memang terkesan sangat apabila harga beras import meningkat. Atas sebab itu, untuk tujuan kawalan harga, Datuk Dr Jeffery Kitingan mencadangkan agar Sabah diberi kuasa/quota untuk mengimport beras sendiri, dan tidak bergantung sepenuhnya pada BERNAS.

Bagi mereka yang faham berkaitan harga beras atau bekalan, tentunya tidak tega menyalahkan Ketua Menteri sebagai punca kenaikkan harga, kerana kenaikkan harga beras import bukan sahaja memberi kesan pada rakyat Sabah akan tetapi seluruh rakyat negara ini.

Bagi penulis, mereka yang mengubah bungkusan beras dengan meletakkan gambar Ketua Menteri, adalah berbaur politik, kerana kesan tidak dapat menerima kekalahan dan tidak dapat menerima kehilangan kedudukan.

No comments:

Blog Archive