Monday, September 11, 2023

JENTERA WANITA GRS JANGAN LEKA- AZIZAH

WANITA Gabungan Rakyat Sabah (GRS) digesa supaya terus meningkatkan perpaduan sedia ada untuk menjadi satu pasukan yang kuat dalam perjuangan parti.

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun berkata jentera parti khususnya wanita GRS tidak boleh leka, sebaliknya perlu terus berkerja untuk rakyat.

Azizah berkata demikian semasa berucap sempena Majlis Pelancaran Jelajah Wanita GRS di Dewan Sulaman, Tuaran pada Ahad.

Pelancaran jelajah itu dirasmikan oleh Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah yang diwakili Setiausaha Agung GRS- Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Menerusi teks ucapan perasmian yang disampaikan Masidi, Datuk Seri Panglima Hajiji menyeru agar sayap parti itu dapat memanfaatkan jelajah untuk menerangkan dasar dan perjuangan parti.

Parti GRS adalah peneraju kerajaan negeri selain dianggotai individu juga komponen parti seperti PGRS (Gagasan Rakyat), STAR, PBS, SAPP, USNO, PHRS dan LDP.

GRS sebagai parti akan teruji pada PRN17 yang dijangka diadakan pada penghujung tahun 2025.

GRS bermisikan parti dominan di Sabah untuk mewakili rakyat dan negeri di peringkat nasional.

No comments:

Post a Comment