Monday, September 11, 2023

ISU KETERJAMINAN MAKANAN

DUA elemen yang terkait dengan KETERJAMINAN MAKANAN, itu tersedianya barang makanan dan kedua tersedianya pendapatan boleh guna.

Barang boleh tersedia (available) dalam negeri atau import, ertinya bekalan untuk menjamin makanan atas meja bagi setiap rakyat bukan masalah.isunya hanya pendapatan boleh guna tidak mencukupi untuk mendapatkan bekalan yang diperlukan.

Selepas Pandemik Covid-19, harga barang terus meningkat yang meliputi semua jenis barang samada keluaran tempatan mahupun import.

Setakat ini usaha untuk membantu rakyat kesan daripada peningkatan harga barang hanya menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) inisiatif yang diperkenalkan semasa era Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri, walaupun nama inisiatif ini telah berubah-ubah dan inisiatif RAHMAH, inisiatif Kerajaan Perpaduan.

Walaupun adanya dua inisiatif yang dilaksanakan kerajaan, ianya bukan pendekatan jangka panjang yang mengurangkan beban rakyat.

Dalam situasi begini, sepatutnya kerajaan berbelanja menerusi berbagai aktiviiti ekonomi agar rakyat boleh menambah pendapatan boleh guna.

Penulis masih ingat cara Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) semasa era Kerajaan Berjaya untuk membantu rakyat mendapatkan pendapatan dengan menubuhkan berbagai agensi berkait kerajaan yang meliputi hampir keseluruhan aktiviti ekonomi. Menerusi agensi-agensi itu rakyat mendapat pendapatan secara jangka panjang.

Perbelanjaan Kerajaan (Govenment Expenditure) adalah satu faktor dalam pengukuran Pendapatan negara. Perbelanjaan kerajaan mempunyai kesan berganda terutama pada perbelanjaan Ketua Isi Rumah (KIR) menerusi peningkatan pendapatan boleh guna (disposible income).

Walaupun pihak kerajaan belum berbelanja yang terkait dengan ramai rakyat, melainkan fokus pada industri berpendapatan tinggi bertujuan meningkatkan kutipan hasil cukai dan nilai perdagangan, akan tetapi tidak melibatkan ramai pencari kerja, akan tetapi inisiatif pihak swasta seperti industri e-hailing, perkhidmatan dobi, perkhidmatan berkaitan makanan dan minuman (F&B) seperti restoran, pelancongan yang membuka ramai peluang untuk pemandu pelancong dapat menyerap pencari kerja atau kaedah menambah pendapatan.

Agensi-agensi kerajaan atau syarikat-syarikat berkaitan kerajaan hanya bertindak sebagai CCTV berkaitan keresahaan sebahagian besar yang terkesan dengan kos sara hidup, masih ramainya pencari kerja yang dikatakan setakat julai 2023 melebihi 150,000 orang.

Sabah mempunyai banyak agensi atau syarikat terkait kerajaan, jika bergotong royong menyerap para pencari kerja, tidak mustahil Sabah bertukar pada sifar unemployment.

Mereka yang diserap ini tidak akan menjadi liabilti pada agensi/syarikat kerana mereka itu mempunyai kelayakkan akademik, yang diperlukan adalah bimbingan/latihan untuk mereka produktif/berinovasi.

Kemampuan modal insan berinovasi boleh membuka peluang-peluang baharu yang belum difikirkan, asalkan mereka dipandu/digalak untuk terus berfikir/bertindak di luar kotak.

Di tahun 70-an belum ada yang terfikir berkaitan minuman kotak UHT (Ultra High Tempreture),kerana masa itu, kebanyakkan minuman masih menggunakan botol atau tin. Kerana ada segelintir anak-anak Sabah diberi tanggungjawab berinovasi maka terfikir mengenai minuman kotak UHT, dan sebagai permulaan ada lah bekalan susu untuk sekolah di bawah tajaan Yayasan Sabah.

Maka masuk lah kotak pembungkus berjenama Tetra Pack daripada Sweden, dan kesannya bekeluran minuman kotak, yang dulunya menggunakan tin bertukar pada kotak UHT.

Susu segar-UHT adalah salah satu keluaran pada masa itu, selain UHT Markisa yang kini tiada lagi.

Pendek kata, agnesi/syarikat kerajaan jika berbelanja pada modal insan boleh menjadi peneroka pada produk-produk baharu atau perkhidmatan baharu, selain membuka peluang pekerjaan juga boleh menambah hasil kutipan kerajaan. Dan tentunya pulangan jauh lebih besar daripada menyimpan wang dalam bentuk simpanan tetap. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Post a Comment