Monday, September 11, 2023

KETERJAMINAN BERAS UNTUK SABAH SUDAH LAMA DIFIKIRKAN

KETERJAMINAN bekalan beras untuk Sabah sudah lama difikirkan, sebab itu timbul cadangan JELAPANG PADI KOTA BELUD, pun demikian pengeluaran padi tidak seperti mana dirancang, hasil sehektar yang masih rendah sekitar 4tan.

Keperluan beras perkapita rakyat Sabah sekitar 74kg setahun. Memandangkan tingkat pengeluran beras tempatan hanya 23%, maka 77% bergantung beras import yang diedar BERNAS (kerana BERNAS syarikat monopoli berat import).

Jika penduduk Sabah seramai 3.9 juta, maka keperluan beras untuk setahun sekitar 290,000 metrik tan.

Pada tahun 2021 beras import untuk Sabah sebanyak 290,000 metrik tan,manakala beras tempatan 22,000 metrik tan.

Sepatutnya keluaran beras tempatan sebanyak 54,000 metrik tan, akan tetapi, ada kemungkinan baki daripada 22,000 metrik tan diseludup ke negeri jiran.

Akhir-akhir timbul ini isu berkaitan beras, kerana BERNAS mengumumkan kenaikkan harga import daripada RM2,350 kepada RM3,200 setan atau kenaikkan 36 peratus.

Dengan kenaikkan harga tersebut ada peruncit mengambil kesempatan menaikkan harga beras putih daripada RM2.60 kepada RM3.6 sekilogram, kenaikkan 38.46 peratus. Akan tetapi bagi beras wangi hanya berubah sedikit daripada RM5 ke RM5.24 sekilogram, kenaikkan 4.8 peratus.

Beras putih selain banyak digunakan oleh restoran-restoran, pembuat kuih juga majoriti rakyat. Oleh kerana volume yang tinggi, maka peruncit banyak mendapat keuntungan dalam jumlah besar, berbanding beras wangi, yang terhad pada pengguna tertentu.

Timbalan Presiden Parti Warisan mempersoalkan apa yang dibuat Kerajaan GRS selama tiga tahun berkaitan beras import. Persoalan ini, patut dijawab sendiri oleh pemimpin Warisan kerana sebelum ini adalah yang memerintah juga hampir 3 tahun, apa yang dilakukan berkaitan beras import.

Beras adalah lomoditi yang memerlukan dokongan logistik, seperti penyimpanan agar beras boleh tahan lebih lama. Pengimport komoditi seperti ini kena dalam volume yang besar agar mencapai economic of scale. Mungkin atas sebab itu kerajaan memberikan hak monopoli kepada BERNAS, seperti juga negara-negara lain yang mengimport beras, dilaksanakan secara monopoli. Di Indonesia misalnya menerusi BULOG ( Badan Urusan Logistik).

Jika Sabah mendapati adanya economic of scale berkaitan mengimport beras, sudah pasti lama dilakukan. Mengapa? urusan mengenakan cukai jualan minyak dan diesel pun boleh dilakukan, apa tah lagi mengimport beras.

Baru-baru ini Menteri Pertanian, perikanan dan industri makanan Sabah- Datuk Dr Jeffery G Kitingan ada memberi cadangan agar Sabah mempertimbangan mengimport beras sendiri, sebagai usaha persaingan harga.

Penulis tidak pasti sejauh mana persaingan harga boleh berlaku, apabila Sabah mengimport sendiri, maka harga lebih murah? Ianya perlu kajian, kerana perlu mengambilkira logistik yang diperlukan selain kos perkhidmatan. Jika harga boleh lebih murah maka cadangan itu perlu dilaksanakan.

Isu harga beras bukan isu baharu, kerana ianya makanan utama rakyat. Jika benar, bahawa banyak syarikat dibenarkan mengimport beras, maka menyebabkan harga lebih murah, penulis yakin ianya sudah lama dilakukan, apa lah juga kuasa BERNAS hanya syarikat milik individu yang diberi tugas menjamin keperluan beras negara.

Isu keprerluan rakyat Sabah yang bergantung pada beras import bukan isu semasa Kerajaan GRS sahaja,ianya isu berdekad lamanya, kerana kadar Sara Diri beras negeri sangat rendah.

Pendapat penulis, pemimpin Warisan seperti Darell Leiking jangan lah mengambil kesempatan mempolitikkan bekalan dan harga beras untuk tujuan mendapat keuntungan politik.

No comments:

Post a Comment