Saturday, August 12, 2023

PRN ENAM NEGERI-SEJAUH MANA PESONA UMNO?

TIADA sesiapa yang boleh menyangkal bahawa PRN enam negeri adalah “acid test” pada tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang membuat pusingan U pasca PRU15.

Keputusan PRN ini boleh juga ditafsirkan sebagai penanda aras kerjasama PH/Umno, dan Kerajaan Perpaduan.

Umno dijadikan penyerang barisan hadapan mewakili Gabungan di negeri-negeri “malay heartland”- Kedah, Kelantan dan Terengganu. Ertinya jatuh/bangunnya Gabungan di tiga negeri itu, terletak dibahu Umno/Ahmad Zahid.

Manakala di tiga negeri lain, pesona Umno/Ahmad Zahid diperlukan untuk komplimen undi PH untuk menang sebanyak mungkin kerusi.

Umno bersama PH, diuji berhadapan gelombang orang melayu secara umum.

Dalam PRN ini, Umno bertanding 108 kerusi, terbanyak antara parti-parti Gabungan, dan tentunya kebanyakan kerusi itu di Kelantan (31/45), Terengganu (27/32), Kedah (15/36) dan Negeri Sembilan (17/36).

Jumlah kerusi yang ditandingi parti itu, telah mengikut kebiasaan parti itu sentiasa bertanding lebih banyak kerusi berbanding parti rakan, kecuali di Selangor (12/56) dan Pulau Pinang (6/40).

Pada hari ini,bermula pada pukul 8 pagi sehingga 6 petang, 9.7 juta pengundi enam negeri akan menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Di pihak PN mengharapkan peratusan keluar mengundi tinggi, kerana menerusi peratusan tinggi, maka pengundi muda juga tinggi. PN “bank-on” pada pengundi muda untuk meneruskan momentum PRU15.

Di pihak PH/Umno, terutama Umno kalau boleh peratusan yang keluar mengundi seperti PRN Melaka dan Johor, kerana menerusi peratusan rendah “bank vote” boleh penentu kemenangan.

Apapun persepsi/anggapan, perkara pokok pada PRN enam negeri ini, adalah untuk menguji PESONA umno, selain “acid test” bagi kerjasama PH/BN.

No comments:

Blog Archive