Sunday, August 06, 2023

PRN 6 NEGERI: SEJAUH MANA PENGUNDI MELAYU MENENTUKAN KEPUTUSAN

MANA-MANA pilihan raya, akan melihat apa kah keputusan pengundi majoriti, atas sebab mana-mana parti pilihan golongan ini maka akan yang keluar sebagai pemenang.

Pada PRN 6 negeri yang membabitkan 9.7 pengundi, yang mana majoriti pengundi ada lah orang melayu, maka mana-mana parti yang disokong kaum itu, maka parti itu lah keluar sebagai pemenang.

Gambaran penentu pemenang pilihan raya pada PRN kali adalah orang melayu, apabila dua parti yang mewakili kaum melayu, Parti Umno dan Pas bertanding kerusi terbanyak, iaitu masing-masing 108 dan 126 daripada 245 kerusi keseluruhan.

Menerusi jumlah kerusi yang ditandingi maka orang melayu akan memilih samada Umno atau Pas.

Persaingan dua parti ini cukup ketara di Kedah, Kelantan dan Terengganu, tetapi bukan di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, Umno bergantung sokongan kaum lain menerusi Pakatan Harapan, manakala Pas bergantung pada rakan sekomponen parti Bersatu dalam Perikatan Nasional yang juga bergantung pada sokongan orang melayu.

Jika di Kedah, Kelantan dan Terengganu, boleh lah dikatakan mana-mana parti mendapat sokongan orang melayu boleh keluar sebagai pemenaang, akan tetapi di Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang tidak semestinya berlaku, kerana faktor undi kaum lain.

Menerusi PRN kali ini, tiada siapa yang boleh menafikan, bahawa sokongan orang bukan melayu kekal dengan PH. Kerana senario demikian, maka PN mengalami kesukaran untuk menang di Negeri Sembilan, Selangor apa tah lagi di Pulau Pinang.

Apa yang yang boleh dilakukan PN di tiga negeri yang dikuasai PH, adalah untuk menang sebanyak mungkin kerusi untuk tugasan semak dan imbang. Demikian juga di tiga negeri yang dikuasai PN, PH hanya boleh menang sebanyak mungkin kerusi juga untuk tujuan yang sama-semak dan imbang.

Andaian demikian, berasaskan sokongan pengundi pada masing-masing parti pada PRU15, yakni mana-mana undi diperolehi PH/BN akan kekal menyokong calon-calon parti itu, demikian juga PN, dengan kata lain, tidak berlaku swing votes antara dua blok parti.

Akan tetapi, mana-mana pilihan raya mempunyai sifat-sifatnya sendiri, seperti juga PRU15, sebelum hari pengundian, ramai penganalis, pollister memilih PH sebagai pemenang, manakala PN secara keseluruhan diramal hanya akan menang 48 kerusi parlimen seluruh negara, akan tetapi terbukti semua ramalan itu meleset, PN menang 74 kerusi, malah di Semenanjung, jumlah kerusi antara PH dan PN adalah seimbang, iaitu 71 kerusi parlimen.

Pada PRU-15, PH secara keseluruhan menang 82, 11 dimenangi daripada Sabah dan Sarawak, sementara PN masing-masing satu kerusi di Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Demikian juga pada PRN 6 negeri ini, banyak pollister meramalkan Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang akan dimenangi dengan selesa oleh PH/BN, malah di Selangor, bagi DUN Hulu Kelang di mana mantan Menteri Besar Selangor- Datuk Seri Azmin Ali bertanding, diramalkan akan kecundang.

Ramlan serupa juga dibuat pada PRU-15, bahawa PN tidak akan menang sebarang kerusi di Selangor, tetapi keputusannya, PN menang 6 kerusi, sementara BN yang diramalkan akan menang banyak kerusi ternyata kosong kerusi.

Kesimpulannya, tiada siapa yang boleh meramalkan dengan tepat akan hasil keputusan rakyat, kerana sangat bergantung pada keadaan semasa selain pegangan masing-masing.

Apa yang boleh dilihat menerusi keputusan PRN 6 negeri, adalah penerimaan rakyat di enam negeri terhadap Kerajaan Perpaduan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Jika keputusan rakyat berpihak pada PH/BN maka boleh lah disimpulkan secara umum, rakyat negara ini menerima kerajaan Perpaduan, akan tetapi jika sebaliknya, maka kerajaan Persekutuan terpaksa berkerja lebih keras lagi sebagai persediaan berhadapan PRU16, pada selepas 18 Disember 2027.

Memandangkan Undang-Undang Anti Lompat, sudah berkuat kuasa, naratif, jika PH/BN ditolak pengundi pada PRN enam negeri ini, maka akan mempengaruhi kedudukan kerajaan Persekutuan, hanya mainan politik, kerana apa pun keputusan PRN ini tidak akan mengubah STATUS QUO sehingga lah penggal Parlimen ke-15 tamat.

No comments:

Blog Archive