Tuesday, August 22, 2023

KAUM CINA RAKAN KONGSI PEMBANGUNAN DAN POLITIK

TIDAK dinafikan kaum cina adalah rakan pembangunan yang baik, termasuk lah dalam perekonomian.

Dalam politik pula, pada masa tertentu, betul boleh menjadi rakan yang baik (pemimpin) tetapi rakyat daripada kaum itu boleh bertukar menjadi penyumbang kepada tumbangnya sesebuah parti yang memerajui kerajaan.

Pengalaman kerajaan Perikatan Sabah (USNO-SCA). Pada PRN tahun 1976, betul SCA kekal bersama USNO berdepan dengan pilihan raya itu, akan tetapi kaum cina menolak SCA, yang menyumbang kepada kekalahan dan menumbangkan kerajaan Perikatan Sabah.

PRU14, apabila apabila semua calon BN daripada kaum cina yang juga bertanding di kawasan majoriti kaum itu, semuanya ditolak kaum itu, walaupun tiada pemimpin kaum itu keluar daripada BN. Kesannya, BN tidak cukup majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Pada PRN16 Sabah pada September 2020, parti-parti dalam GRS, tidak menang sebarang kerusi di kawasan majoriti kaum itu. Akan tetapi kerusi-kerusi kawasan bumiputera yang dimenangi gabungan itu 38/73 cukup untuk menubuhkan kerajaan.

Kesan Langkah Kinabalu pada 6 Januari 2023, kerajaan Sabah kini telah mempunyai menteri daripada kaum cina, apabila wakil rakyat mewakili kaum itu menjadi “penyelamat” pada kerajaan GRS yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor. ADUN-ADUN daripada kaum itu adalah sebahagian daripada 44/79 yang menyokong Hajiji sebagai Ketua Menteri pada sidang khas DUN Sabah pada 10 Januari 2023.

Kini kerajaan GRS PLUS “enjoying” kerjasama daripada ADUN kaum cina, atas prinsip, kerana parti yang diwakili para ADUN tersebut adalah peneraju Kerajaan Persekutuan, dan GRS adalah salah satu parti yang menyokong.

Dalam senario politik hari ini, dirasakan GRS juga mendapat sokongan daripada kaum itu, sesuai dengan sokongan parti-parti yang disokong kaum itu.

Menerusi sokongan parti-parti yang mewakili kaum itu yang bersama GRS, maka akan menjamin semua kawasan majoriti kaum itu di Sabah akan menyumbang kerusi pada PRN17 akan datang.

Parti-parti dalam GRS hanya memerlukan antara 30-31 daripada 73 dan apabila mengambilkira kerusi-kerusi majoriti kaum cina yang disumbangkan oleh parti rakan, maka GRS PLUS akan kekal menerajui kerajaan negeri selepas PRN17.

Uniknya politik Sabah, bahawa kaum bumiputera tidak sangat terkesan dengan tindakan kaum cina yang menyokong parti-parti tertentu, kerana mungkin kesan persempadanan yang demikian rupa, yang mendapati bahawa kaum cina yang minoriti di kawasan-kawasan itu akan menyokong parti-parti yang mereka fikir boleh memenangi pilihan raya, walaupun tanpa wakil rakyat daripada kaum itu seperti mana dibuktikan pada PRU14 dan PRN16 Sabah. Tindakan mereka ini menyumbang jumlah majoriti pada calon-calon dalam kategori calon boleh menang.

Penulis melihat, senario politik Sabah pada masa ini kembali pada keadaan kerajaan Perikatan era USNO, Era Berjaya, Era PBS dan Era BN, apabila bumiputera dan kaum tionghua berkerjasama semula, dan kali ini menerusi GRS PLUS.

Berpandukan pada senario ini, maka tidak pelik, apabila ada pemimpin Parti Warisan mencadangkan “kerjasama” antara parti itu dengan GRS berhadapan PRN17. Parti Warisan adalah parti yang sangat terkesan dengan penjajaran politik baharu yang diterajui GRS bersama PH Sabah, kerana menerusi penjajaran ini, parti yang dipimpin Datuk Shafie Apdal itu menuju kemalapan atau dengan kata lain menjadi parti matahari terbenam.

Bukan tindakan aneh apabila parti-parti yang terkategori matahari terbenam atau parti luput jangka hayat akan cuba bergabung atau bekerjasama dengan parti yang mendapat sokongan rakyat untuk kekal relevan.

No comments:

Blog Archive