Monday, August 28, 2023

JANGAN TERPERANGKAP DENGAN ISTILAH PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK)

PENDAPATAN GARIS KEMISKINAN (PGK) yang digunakan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) tidak mengkira pengertian Garis pendapatan Relatif, antara bandar dan luar bandar. Sebab itu Premier Sarawak Datuk Patinggi Abang Joehari Tun Openg, mahukan digunakan ukuran lain, kerana tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Di Sabah misalnya, kerana menggunakan ukuran PGK, maka Kota Kinabalu dan bandar-bandar seperti Tawau dan Sandakan, tersenarai penerima teramai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berbanding dengan kawasan-kawasan yang tersenarai sebagai miskin seperti Pitas, Kota Marudu, Tongod dan Kota Belud, malah jumlah penerima kombinasi 4 daerah miskin ini jumlah penerima STR lebih rendah berbanding daerah Kota Kinabalu yang lebih 100 ribu.

Oleh kerana ukuran pemberian STR yang digunapakai oleh kerajaan bersandarkan pada pendapatan relatif, bukannya PGK yang digunakan DOSM, maka penyebab penerima STR lebih sedikit jumlahnya berbanding kawasan yang dianggap di atas PGK yang digunakan DOSM.

Apa yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) perbandingan antara pendapatan, ramai pihak yang gemar mengambil kesempatan politik dalam isu kadar kemiskinan di negeri Sabah.

Kata mereka Kerajaan GRS gagal menangani kemiskinan di negeri Sabah. Benarkah tuduhan mereka ini?

Untuk merungkaikan tuduhan ini, kita perlu buat perbandingan secara rasional.

Kita mulakan dengan zaman sebelum merdeka. Semua tahu kehidupan di Sabah sebelum merdeka amat daif sekali. Ramai yang hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Infrastruktur seperti jalan, hospital dan sekolah begitu berkurangan sekali. Gambar-gambar keadaan negeri Sabah zaman penjajah yang terdapat di dalam arkib negeri menjadi bukti.

Kalau kita dengar cerita orang-orang tua kita, perjalanan dari Kudat ke Kota Kinabalu pada zaman mereka memakan masa sehari dua untuk sampai ke destinasi. Untuk pergi ke Tuaran dari Kota Belud akan memakan masa hampir sehari suntuk kata mereka. Ada yang naik kerbau, ada yang kayuh perahu dan ada yang berjalan kaki.

Oleh kerana prasarana yang teruk, maka aktiviti ekonomi dan peluang pekerjaan amat kecil sehinggakan kadar kemiskinan di negeri Sabah pada waktu itu begitu tinggi sekali.

Sebelum kemerdekaan, negeri Sabah mencatatkan kadar kemiskinan yang agak tinggi. Ada anggaran yang menyebut kadar kemiskinan semasa zaman penjajahan British dan Jepun mencecah sehingga 80%. Rekod rasmi yang terawal yang penulis pernah terbaca menunjukkan kadar kemiskinan di negeri Sabah berada pada tahap 52% pada tahun 1976. Ini bermakna kita bermula dengan angka kadar kemiskinan yang tinggi sementara semenanjung Malaysia yang mempunyai ekonomi yang jauh lebih baik dan teratur sebelum merdeka, bermula dengan angka yang rendah iaitu 51% pada tahun 1957.

Apa kadar kemiskinan negeri Sabah?

Oleh kerana penulis hanya mempunyai rekod angka statistik yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada tahun 2013, kadar kemiskinan Sabah telah turun ketahap 8%. Ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan. Tidak ada seorang pun boleh menafikan fakta ini.

Dalam tempoh 51 tahun, satu tempoh jangka hayat yang pendek bagi sesebuah negara, kerajaan telah mampu mengurangkan kemiskinan dengan drastiknya.

Memang benar 8% itu masih tinggi dibandingkan dengan negeri-negeri lain dalam Malaysia atau kalau dibandingkan dengan purata kadar kemiskinan negara kita. Itu kita tidak nafikan. Kerajaan perlu dan wajib untuk tingkatkan lagi tindakan untuk membasmi kemiskinan di negeri Sabah.

Persoalan yang penulis ingin bincang dalam artikel ini ialah benarkah kerajaan gagal membasmi kemiskinan di negeri Sabah. Pada pandangan penulis itu adalah tuduhan yang tidak benar. Penurunan kadar kemiskinan yang amat ketara ini adalah bukti besar kejayaan dasar dan program pembasmian kemiskinan kerajaan.

Ada beberapa sebab utama kenapa kemiskinan di Sabah secara relatifnya tinggi dibandingkan dengan purata kebangsaan. Antara penyebabnya ialah kerana keluasan negeri Sabah yang besar dan berbukit bukau serta taburan meluas kampung-kampung yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.

Dengan taburan kepadatan penduduk yang rendah dan permukaan bumi yang berbukit bukau ini, pembangunan infrastruktur asas seperti jalanraya, yang menjadi pemangkin kepada kejayaan program pembasmian kemiskinan, menjadi satu cabaran yang cukup besar.

Masih ada kampung-kampung di negeri Sabah yang mempunyai 20 buah rumah kebawah terletak jauh berpuluh-puluh kilometer dari jalan berturap yang terdekat.

Penulis dimaklumkan oleh pihak berkenaan bahawa untuk membina satu kilometer jalan luar bandar yang berturap ke perkampungan yang jauh dan berbukit memerlukan perbelanjaan antara RM3.5juta hingga RM6juta satu kilometer. Ini belum lagi mengambil kira jika ada keperluan untuk pembinaan beberapa jambatan merentasi sungai.

Sudah tentu semua penduduk di kampung-kampung tersebut menuntut jalan berturap dibina segera tetapi hakikatnya semua ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi yang hanya mampu dibuat oleh kerajaan secara berperingkat-peringkat. Ini bukan bermakna kerajaan sengaja berpeluk tubuh dan tidak membina jalan-jalan tersebut tetapi ianya akan memakan masa.

Penulis dapati ada pihak yang gemar menunjukkan jalan yang teruk di luar bandar seolah-olah mahu memberi gambaran bahawa kerajaan langsung tidak berbuat apa-apa. Ini yang penulis pertikaikan. Penulis kira untuk berlaku adil, kalau ada gambar jalan yang teruk, tunjukkan juga gambar jalan-jalan yang dibina oleh kerajaan.

Penulis tahu ada yang mungkin bertanya kenapa negeri yang kaya dengan sumber asli seperti Sabah masih mempunyai rakyat yang miskin. Ini soalan yang relevan yang perlu penjelasan.

Sebenarnya bukan mudah untuk membasmi kemiskinan. Negara-negara maju yang jauh lebih kaya dari kita dan yang telah merdeka beratus-ratus tahun pun masih lagi bergelut dengan permasalahan ini. Kata orang putih, "Poverty is stubborn!".

Amerika contohnya, walaupun negara terkaya dalam dunia dan ujud sejak tahun 1776 lagi, mempunyai kadar kemiskinan 14.5% pada tahun 2013.

Walaupun kekayaan sesebuah wilayah itu sudah tentu boleh membantu, tetapi nyata ianya tidak menjamin pembasmian kemiskinan sampai ke tahap sifar.

Pembasmian kemiskinan yang berkesan juga melibatkan kebijaksanaan kepimpinan kerajaan dan dasar dan program yang mereka ketengahkan. Selain itu, penglibatan dan komitmen rakyat miskin itu sendiri banyak memberi impak kepada keberkesanan program pembasmian kemiskinan.

Ini telah sedikit sebanyak dilakukan oleh kerajaan kita. Sebab itu, Mantan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon, mengikhtiraf kejayaan Malaysia membasmi kemiskinan dan meminta jasa baik Malaysia untuk berkongsi pengalaman itu dengan negara-negara lain.

Apapun, perbahasan mengenai kemiskinan di negeri Sabah tidak boleh dihentikan.

Pada pendapat penulis, lebih banyak diskusi mengenainya, lebih ramai yang boleh memahaminya dan mengetahui perkara yang sebenar.

Pagi tadi penulis mendapat satu Salinan hebahan media oleh pemimpin Parti Warisan yang mendakwa bahawa kerajaan GRS gagal menurunkan kemiskinan mutlak di beberapa daerah yang tersenari miskin, malah memersoalkan program kerajaan negeri yang diwujudkan pada tahun 2004, MESEJ, kononnya tidak mampu mengeluarkan rakyat sasaran, malah menuduh bahawa kerajaan hanya mengeksplotasi rakyat sasaran.

Pemimpin Warisan itu mempertikai jawapan Menteri KPLB Sabah semasa sidang DUN Sabah yang lepas berkaitan kejayaan MESEJ, seolah-olah tidak benar, kerana bersandar pada Laporan DOSM yang dikeluarkan pada Julai tahun ini.

Pemimpin Warisan itu gagal sama sekali memahami erti pendapatan relatif dan ukuran yang digunakan dalam PGK untuk Sabah ditinggikan berbanding Semenanjung.

Bagi negeri Sabah pada tahun 2019 (sebelum diselaraskan-malangnya penulis belum ada angka selepas tahun ini semasa menyediakan artikel ini) atas sebab penulis berpandukan pada data/rekod simpanan penulis, iaitu setakat tahun 2019. Pada tahun 2019, mana-mana isirumah yang berpendapatan bulanan RM1,090 kebawah di Sabah ditakrifkan sebagai isirumah miskin. Manakala di Semenanjung pula, angka garis kemiskinan ditentukan pada tahap RM830 sebulan.

Ini bermakna semua isirumah yang berpendapatan RM1,000 sebulan adalah dianggap miskin di Sabah tetapi tidak di Semenanjung Malaysia. Ini menyebabkan peratusan kemiskinan di Sabah lebih tinggi dari semenanjung.

Kenapa ini berlaku? Kenapa mesti ada perbezaan? Jawapannya ada dua.

Pertama, angka garis kemiskinan Sabah sengaja ditinggikan bagi mengambarkan kos kehidupan yang lebih tinggi di Sabah dibandingkan Semenanjung Malaysia. Maknanya, oleh kerana kos kehidupan yang tinggi di Sabah, pendapatan RM1,090 bulan itu sama nilainya dengan pendapatan RM830 sebulan di Semenanjung Malaysia.

Sebab yang kedua kenapa angka garis kemiskinan sengaja ditinggikan di negeri Sabah berbanding dengan Semenanjung Malaysia ialah untuk membolehkan lebih ramai lagi rakyat Sabah menikmati bantuan dan program kerajaan persekutuan untuk orang miskin.

Pendeknya, isirumah yang berpendapatan RM1,000 sebulan di Sabah layak untuk mendapat faedah program kemiskinan kerajaan persekutuan tetapi tidak di Semenanjung Malaysia. Kita di Sabah mahukan lebih ramai yang mendapat bantuan kerajaan persekutuan walaupun ini bermakna kadar kemiskinan di Sabah itu akan dilihat tinggi.

Kalau kerajaan hanya mementingkan pulangan politik, sudah tentu kerajaan akan menggunakan angka pendapatan bulanan RM830 di peringkat kebangsaan sebagai tanda aras. Tapi hakikatnya kerajaan bersikap telus dan terbuka. Ia sanggup dikritik asalkan yang penting, lebih ramai yang mendapat bantuan dari kerajaan persekutuan.

Sebenarnya penulis pernah bertanya kepada menteri-menteri yang menjaga ekonomi , apakah agaknya peratus kemiskinan di negeri Sabah jika angka garis kemiskinan negeri Sabah disamakan dengan angka garis kemiskinan di Semenanjung Malaysia iaitu RM830 sebulan?

Jawapannya kadar kemiskinan negeri Sabah ialah 3.3% dan bukannya 8%! (Sumber: EPU - 2014). Pada tahap peratusan itu, kadar kemiskinan negeri Sabah hampir sama dengan negeri- negeri lain dalam Malaysia.

Berbillion-bilion peruntukan telah disalurkan untuk program-program pembasmian kemiskinan sejak dulu hingga sekarang. Sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi tumbuh seperti cendawan di seluruh pelusuk negara kita. Dengan adanya pendidikan, maka lebih ramai lagi penduduk miskin yang mempunyai peluang yang cerah untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

Di Peringkat negeri setiap Bajet tahunan digariskan beberapa dasar dan program khusus untuk mengurangkan kemiskinan.

Penulis yakin Ketua Menteri Sabah tidak akan membelakangkan agenda pembasmian kemiskinan kerana sebelum ini pun, pembentangan bajet negeri Sabah sentiasa mengambil kira secara serius program pembasmian kemiskinan.

Penulis berkeyakinan penuh bahawa masa depan negeri Sabah adalah cerah. Insyallah kemenangan akan akhirnya berpihak dengan kita dalam memerangi kemiskinan di negeri Sabah.

Penulis berharap tulisan ringkas ini dapat sedikit sebanyak memberi pemahaman yang lebih dalam diskusi mengenai kadar kemiskinan di negeri Sabah.

Kerajaan GRS Sabah dilandasan betul menerusi visi Sabah Maju Jaya (SMJ), atas sebab berbagai industri berimpak tinggi, seperti Loji Klinker (Simen) di Daerah Tongod, Kilang Kaca-Silika di Pitas, Keranjang Tembaga di KKIP dan beberapa industri lain “on the pipeline”, semata-mata untuk membuka peluang semakin banyaknya aktiviti ekonomi dan lapangan pekerjaan.

Memajukan ekonomi, bukan seperti menanam jagung, tiga bulan boleh dituai, memajukan ekonomi perlu landasan yang kukuh, berterusan, seperti mana dibutirkan menerusi Sabah Maju Jaya.

Akan menjadi ke banggaan rakyat Sabah di suatu hari nanti, termasuk pemimpin Warisan yang sentiasa memperlekeh usaha/startegi kerajaan GRS yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

No comments:

Blog Archive