Monday, July 03, 2023

KEMAJUAN SABAH: SHAFIE TIADA KELAYAKAN BERCAKAP

BERTAHUN-TAHUN pertumbuhan ekonomi Sabah di atas 5%, dan puncaknya tahun 2017 berkembang 8.1%, semasa kepimpinan Tan Sri Musa Aman.

Apabila kerajaan negeri diambil alih Parti Warisan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal menerusi pintu belakang pada Mei 2018 sehingga Julai September 2020, pertumbuhan eknomi Sabah terus merudum, apabila pada tahun 2018, 1.5%, tahun 2019, 0.7% dan tahun 2020 negatif 9.2%.

Berbeza apabila kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang tahu mengurus ekonomi, walaupun bermula pada pertumbuhan negatif, akan tetapi ekonomi negeri berjaya dipulihkan apabila pertumbuhan ekonomi negeri berkembang positif pada kadar 1.5% pada tahun 2021, dan terus menanjak naik pada kadar 3.7% pada tahun 2022.

Jika pertumbuhan ekonomi menjunam pada tahun 2020, memang telah dijangka, kerana kesan pandemik Covid-19, akan tetapi pada tahun 2018 dan 2019 tiada sebab yang boleh menjustifikasikan mengapa pertumbuhan ekonomi menjunam.

Jawapan yang tepat penyebab menjunamnya perekonomian Sabah, kerana Shafie tiada keupayaan memajukan negeri.

Jangan cakap berkaitan kemajuan, membangunpun tiada kemampuan. Ada beza berkaitan kemajuan dan pembangunan. Kemajuan memerlukan menguntip hasil menerusi aktiviti ekonomi, manakala pembangunan, dana sudah tersedia untuk digunakan membangun.

Melihat rekod Shafie dan parti Warisan selama 26 bulan, hanya menjahanamkan ekonomi negeri yang telah dibina bertahun-tahun. Benar lah apabila pemimpin seperti kera mendapat bunga, hanya mampu bertindak seperti tikus membaiki labu.

Rakyat Sabah perlu berterima kasih pada gerakan adun-adun yang diketuai Musa bersama dengan 30 ADUN lain termasuk Ketua Menteri Sabah pada hari ini, yang menyebabkan Shafie hilang sokongan menerajui kerajaan, kemudiannya membuka jalan pada PRN16 Sabah pada September 2020.

Jika tiadanya pergantian kerajaan negeri, penulis tidak dapat bayangkan pertumbuhan ekonomi negeri.

Kerajaan Sabah yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor telah mencatit rekod tersendiri, apabila pada tahun 2022, kutipan hasil negeri menghampiri RM7bilion, manakala rizab kewangan negeri setakat Mei 2023 berjumlah RM7.6 bilion.

Melihat keupayaan kerajaan Sabah hari ini, ada lah wajar rakyat Sabah untuk terus menyokong, agar visi kerajaan negeri memajukan rakyat dan negeri menerusi Sabah Maju Jaya terealisasi.

No comments:

Blog Archive