Wednesday, June 28, 2023

PRN 6 NEGERI: APA KAH KAUM MELAYU BUKTIKAN BAHAWA KAUM ITU TIDAK LEMAH?

TIDAK dinafikan, ada perasaan seragam sebahagian besar kaum melayu di 6 negeri yang akan mengadakan pilihan raya, bahawa kaum terbesar itu mempunyai kuasa menentukan hala tuju, jika kaum lain cuba mengkotak katikan kedudukan mereka.

Kaum terbesar itu sudah banyak berkorban semasa negara merdeka, dengan menerima kaum lain hidup sebumbung di negara ini.

Namun, kesan pada perpecahan kaum itu, maka menjadi lemah, sehinggakan tidak dapat menubuhkan kerajaan.

Mungkin kah kaum ini telah sedar, bahawa kesan perpecahan, maka menjadi kaum yang lemah? Jika tersedar, dan menjadikan PRN 6 negeri untuk membuktikan bahawa mereka boleh menjadi “force” yang tidak boleh dianggap enteng.

Secara sepintas bibit kesedaran itu tercermin pada PRU15, apabila parti yang disokong Perikatan Nasional (PN), menang 72 kerusi Parlimen di Semenanjung, berbanding Umno yang sekian lama mewakili kaum itu-19 kerusi.

Jika benar lah sokongan pada PN semasa PRU15 kerana kesedaran akan kedudukan kaum itu sebagai kaum terbesar, apabila bersatu, maka menjadi satu kekuatan, maka cukup bahaya bagi PH/BN.

Penulis melihat, sokongan pada PN bukan kerana sentimen 3R ( Religion, Royalty, Race), akan tetapi lebih pada kesadaran kaum itu sebagai kaum terbesar.

Sebagai kaum terbesar, maka mereka boleh menentukan parti mana, yang mereka fikirkan boleh menjadi sandaran untung nasib mereka.

Jika lah pengundi kaum itu datang ke peti undi berpaksi pada kesadaran, bahawa kekuatan kaum terbesar boleh menentu hala tuju politik negara, maka menjadi cabaran utama pada PH/BN.

Kecenderungan kesadaran kaum itu tanpa diduga, UMNO kosong kerusi di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, malah di Melaka, sedangkan pada PRN negeri itu Umno/BN menang dengan kuasa 2/3. Tidak cukup dengan itu, di Selangor dan Pulau Pinang, kaum itu memilih PN berbanding Umno.

Keputusan PRU15, bukan kerana “gelombang hijau” istilah yang dipopularkan yang merujuk pada Parti PAS, akan tetapi semata-mata kesadaran kaum itu.

No comments:

Blog Archive