Thursday, June 22, 2023

NARATIF KESTABILAN POLITIK & KOS SARA HIDUP

TUJUH Bulan selepas PRU15, tiada tanda-tanda kos sara hidup rakyat melega, malah bertambah teruk. Ditambah lagi penurunan nilai ringgit menjadikan barang import mahal. Rakyat yang ada pinjaman bank tertekan dengan kenaikan OPR oleh Bank Negara.

Selain itu formula pemulihan ekonomi yang dicanangkan sebelum ini, tidak timbul-timbul, kerananya mereka yang mencari kerja, kekal dengan status penganggur.

Usaha mendekati golongan muda terutama pelajar, tidak akan kemana, kerana ibu bapa mereka tertekan dengan kos sara hidup.

Sehebat manapun pengaruh pemimpin pada golongan ini, tidak akan dapat menakluk pengaruh ibu bapa pada anak masing-masing.

Penulis bertuju dengan pandangan Khairy Jamaluddin Abu Bakar, mantan Ketua Pemuda Umno yang telah dipecat daripada parti, berkaitan faktor yang diambilkira pengundi di 6 negeri yang mengadakan PRN dalam masa terdekat, bahawa ketidak puas hatian rakyat lebih menonjol berbanding naratif gelombang hijau.

Rakyat melihat walaupun kerajaan kukuh dan stabil, akan tetapi tidak memberi impak positif pada kehidupan harian mereka.

Secara umum rakyat menilai bahawa kerajaan suka pada pendekatan gempak daripada bekerja. Sistem penyampaian yang tidak efisien, hala tuju yang kurang jelas atau kabur berkaitan pemerintahan   walaupun ada slogan madani yang bersifat sejagad.

Jika pada PRN 6 negeri, majoriti kaum melayu menolak PH/BN bukan kerana dalam blok parti itu ada parti DAP, akan tetapi sebagai referndum kepada kerajaan, untuk bekerja keras lagi bagi membantu rakyat,khususnya kaum melayu yang amat merasa kesan kenaikkan kos sara hidup.

Rakyat tahu, bahawa apapun keputusan PRN 6 negeri tidak mengubah kerajaan Persekutuan. Atas sebab itu, kebarangkalian tinggi rakyat memberi isyarat jelas pada kerajaan off the day.

Seharusnya, dalam kedudukan kerajaan yang kukuh dan stabil dengan sokongan 2/3 ahli parlimen, para pemimpin kerajaan dapat menumpukan masa mereka merangka penyelesaian, berbanding kenyataan-kenyataan gempak terutama mencari salah silap para pemimpin terdahulu, yang tidakpun menyumbang kepada penyelesaian masalah yang sedang dihadapi rakyat.

Bagi rakyat, apa yang diperlukan “makanan atas meja kekal dengan kualiti dan kuantiti” jika keperluaan utama ini tidak tersedia, maka mereka berpandangan kerajaan telah gagal.

Tiada sesiapa pemimpin yang boleh menyesali keputusan rakyat, melainkan para pemimpin lah yang perlu menyesal kerana tidak berkeupayaan membela untung nasib rakyat. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Post a Comment