Friday, June 23, 2023

ISU SULU: SYOR BAWA KE ICJ- SATU TINDAKAN BAHAYA

INTERNATIONAL COURT OF JUSTICE (ICJ) hanya mempunyai kuasa melibatkan pertikian dua negara tentang isu-isu yang bertindih misalnya isu Sipadan dan Ligitan, melibatkan Malaysia dan Indonesia.

Selain itu, tiada sebarang perjanjian baharu yang melibatkan isu yang dipertikai, maka ianya termasuk dalam BIDANG KUASA mahkamah antarabangsa (ICJ).

Isu dalam Perlembagaan Negara Filipina, yang mana isu Sabah belum dibatalkan, ianya hanya dalam ruang lingkup Perlembagaan negara itu, tidak terpakai melibatkan pihak lain.

Oleh kerana Filipina sedar mengenainya, maka tidak bertindak melibatkan mana-mana pihak termasuk membawa isu Sabah ke peringkat Pertumbuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) atau mana-mana forum antarabangsa. Sebabnya hanya satu, apabila Sabah dan tiga wilayah lain membentuk Persekutuan Malaysia pada Tahun 1963, dan negara baru tesebut diiktiraf sebagai negara berdaulat, maka dengan sendirinya, sebarang parjanjian sebelum itu telah termansuh.

Syor Datuk Shafie Apdal- Presiden Parti Warisan untuk membawa isu TUNTUTAN SULU ke ICJ, boleh mengundang bahaya kerana menjadi sandaran pengabsahan tuntutan itu, kerana apabila isu diapungkan ke ICJ, maka dengan sendirinya timbul PERTIKAIAN DUA PIHAK.

Jika Malaysia membawa isu TUTUTAN  KE ATAS SABAH, maka Filipina, sudah tentu menjadi pihak kedua, sedangkan negara jiran itu sedar tiada locus standi berkaitan Sabah di peringkat antarabangsa.

Hujah Shafie yang berselindung dengan penyelesaian isu Sabah masih dalam Perlembagaan Filipina, kononnya apabila Malaysia membawa kes ke ICJ, maka isu TUTUTAN ke atas Sabah akan selesai selama-lamanya (once for all), adalah syor yang sangat bahaya, kerana boleh diandaikan membangunkan harimau yang sedang tidur.

Hakikatnya, tiada pihak lagi yang boleh menutut Sabah, selepas 16 September 1963, seperti mana juga, negara-negara lain yang merdeka, misalnya Negara Timor-Timur (Timor Laste) yang dilepaskan daripada Wilayah Indonesia.

Tuntutan Sulu menjadi panas semula selepas Pencerobohan Tentara Sulu pada tahun 2013 di Kg Tanduo,Lahad Datu, yang diikuti dengan pemberhentian bayaran tahunan RM5300 kepada pewaris Sulu. Ekoran pemberhentian itu, Mantan Peguam Negara menulis surat pada peguam pewaris, bahawa pemberhentian itu satu kesilapan, sedangkan bayaran/grant tahunan itu, hanya berbentuk ‘silaturahim” Malaysia kepada Pewaris Sulu, bukan satu perjanjian mengikat.

Kesan daripada surat itu, maka menjadikan pewaris sulu daripada tiada locus standi, bertukar sebaliknya. Tanpa surat itu, maka tututan pewaris sulu akan sama statusnya dengan Sabah kekal dalam Perlembagaan Filipina, sampai kiamat, tiada sebarang kesan terhadap Sabah sebagai sebahagian daripada negara berdaulat.

No comments:

Post a Comment