Wednesday, June 21, 2023

LOMPAT PARTI DI SABAH TELAH BERAKHIR

RANG Undang-Undang Anti Lompat parti yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNS) pada 25 Mei, digazetkan/diwartakan pada 15 Jun 2023.

Dengan diwartakan Undang-Undang itu, lompat parti yang membelengu politik Sabah selama 60 tahun akhirnya dinoktahkan atau hanya menjadi kisah silam.

Tindakan lompat parti adalah penyebab kerapnya pertukaran kerajaan di Sabah. Pertukaran kerajaan yang kerap memberi kesan pada kemajuan dan pembangunan negeri.

Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor semasa membentangkan RUU itu berkata, dengan adanya Undang-Undang itu, maka melenyapkan kesangksian rakyat pada wakil rakyat atau pemimpin politik.

Selain itu, dengan adanya Undang-Undang itu, menoktahkan kebimbangan pemimpin yang menerajui kerajaan daripada ditumbangkan di luar pilihan raya.

Undang-Undang anti lompat membolehkan kerajaan yang ditubuhkan stabil dalam tempoh diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihan raya.

Kerajaan Sabah yang diterajui Hajiji mempunyai masa sehingga September 2025, sebelum memberi laluan pada PRN17 Sabah.

Dalam tempoh dua tahun ini, semua perancangan yang telah diluluskan sewajarnya direalisasikan sebelum Penggal ke-16 DUN Sabah tamat.

Pada Selesa, Penulis terbaca perkongsian baharu Ketua Menteri di laman sosial beliau, berkaitan kebimbangan penyiapan projek-projek Persekutuan yang berjumlah RM6.05 bilion yang tidak siap dalam tempoh yang ditetapkan.

Kebimbangan Ketua Menteri itu sangat wajar, kerana hanya 21% daripada 1,181 jumlah projek yang diluluskan telah dilaksanakan.

Sebelum ini, timbul isu “Little Napoleon” di kalangan penjawat awam yang dikatakan menjadi punca kelambatan pelaksanaan projek-projek kerajaan.

Ketua Menteri sedar, apabila projek-projek kerajaan lambat atau tidak dilaksanakan akan mengundang persepsi negatif pada kerajaan, yang akhirnya rakyat menghukum pada pilihan raya dengan menolak calon-calon atau parti kerajaan.

Projek-projek yang berkaitan kemudahan asas, aktiviti ekonomi merupakan projek-projek yang didambahkan rakyat secara umum. Kelambatan atau tidak dilaksanakan projek-projek seumpama ini, bukan sahaja mengundang pembangkang menjadikannya isu politik, akan tetapi dirasai oleh rakyat sendiri.

Kini, dengan adanya Undang-Undang anti lompat, kesetabilan kerajaan terus kukuh. Malangnya, kestabilan kerajaan dan politik kukuh akan tetapi berhadapan pula dengan “Little Napoleon” yang membantutkan kemajuan dan pembangunan negeri.

Tindakan “Little Napoleon” ini bukan sahaja membabitkan projek besar, akan tetapi projek-projek kecil daerah, kerana mempersulit urusan, termasuk birokrasi pentadbiraan.

Ketua Menteri sebagai pemimpin utama negeri, perlu mengambil tahu atau menyiasat karenah ini, mengapa ianya berlaku, apa kah di pihak penjawat awam sendiri, atau ada tangan-tangan ghaib di peringkat wakil rakyat atau politik yang bertindak di luar pengetahuan Ketua Menteri, termasuk adanya wakil rakyat bertindak tidak sesuai dengan hala tuju negeri, sebaliknya berkepentingan peribadi yang hanya membabitkan inner circle wakil rakyat tertentu.

Rakyat awam, sangat merasakan bertapa sukarnya berurusan dengan Pejabat Daerah berkaitan projek-projek kecil di kawasan-kawasan tertentu, bukan sahaja tidak mendapat pertolongan akan tetapi juga dipersulit.

Malangnya, rakyat awam yang dilihat sebahagian inner circle wakil-wakil rakyat tertentu dengan mudah mendapat pertolongan dan dimudahkan semua urusan, akan tetapi, bilangan mereka sudah lah kecil, akan tetapi juga, silih berganti antara mereka, semacam dalam satu kartel.

Penomena seperti ini perlu dihentikan, kerana akan mengundang padah pada kerajaan secara umum, sehinggakan api kecil menjadi besar, termasuk penolakan rakyat pada kerajaan semasa pilihan raya, kerana kesan seekor kerbau membawa lumpur semua terpalit.

No comments:

Post a Comment