Monday, June 19, 2023

BAYARAN INTERIM GERAN KHAS: JIKA HAJIJI PENGKHIANAT MAKA WARISAN BAPA PENGKHIANAT

BAYARAN interim geran khas Persekutuan kepada Sabah dipolitikkan pemimpin Parti Warisan, dengan mendakwa Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Hajiji Haji Noor bersetuju secara bertulis pada April 2022 seperti mana diumumkan Perdana Menteri ke-9 (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub) bayaran permulaan sebesar RM125.7 juta pada tahun 2022, dan bertambah secara beperingkat sehingga tahun 2026, sehingga formula pengiraan 2/5 atau 40% bayaran balik cukai yang dikutip Presekutuan daripada Sabah dimuktamadkan. Bayaran sebesar itu merupakan lebih 4 kali ganda daripada jumlah yang biasa dibayar kerajaan Persekutuan berdekad lamanya yang berjumlah RM26.7 juta.

Sebelum ini Kerajaan Warisan sangat berbangga apabila bayaran interim sebesar RM53.4 juta bermula pada tahun 2020.

Oleh kerana kerajaan GRS yang dipimpin Hajiji bersetuju dengan angka RM125 juta menurut pemimpin parti Warisan sebagai pengkhianat, maka Kerajaan Warisan yang dipimpin Datuk Shafie Apdal sebagai bapa pengkhianat kerana berpuashati dengan bayaran yang jauh lebih rendah.

Bayaran geran khas Persekutuan atas usaha Kerajaan GRS dikembalikan pada rakyat menerusi pembinaan 1500 rumah PPRT model Sabah, dan bagi tahun 2023 akan menyusul lagi 1500 rumah model yang sama.

Kerajaan GRS yang diterajui Hajiji dalam tempoh 2 tahun, dapat membina 3000 PPRT Model Sabah, berbanding kerajaan Warisan yang memerintah negeri lebih 2 tahun, sifar perumahan untuk rakyat.

Hakikatnya para pemimpin Parti Warisan terutama Ketua Penerangan parti itu- Datuk Aziz Jamman, yang gagal mempertahankan kerusi parlimen Sepanggar kerana ditolak rakyat pada PRU15 lalu, sudah ketandusan idea atau isu, sehinggakan mengangkat isu yang menjerat leher sendiri, kerana tidak dapat membezakan antara RM125.7 juta dengan RM53.4juta.

Sedarkan Ketua Penerangan Warisan itu, bahawa untuk tahun 2023 bayaran interim Persekutuan kepada Sabah sebesar RM300juta, jauh lebih besar berbanding yang dipersetujui kerajaan Warisan, iaitu RM106.8 juta.

Apa kah rakyat Sabah boleh terpesong dengan dakwaan Aziz, bahawa Hajiji pengkhianat? Atau kah secara keseluruhan parti Warisan sebagai pengkhianat termasuk Shafie dan Aziz!!!. Tepuk dada tanya selera.

No comments:

Post a Comment