Sunday, June 18, 2023

PRN 6 NEGERI: KERANA NARATIF TSUNAMI MELAYU-PN YAKIN MENANG

MENGHADAPI PRN 6 negeri, Perikatan Nasional (PN) bersandar pada tsunami melayu (gelombang hijau) seperti mana berlaku pada PRU15.

Jika hanya jika momentum PRU15 berterusan pada PRN 6 negeri, maka PN boleh pergi jauh pada pilihan raya kali ini.

Bersandar pada anggapan bahawa gelombang hijau bakal berterusan, maka dijadikan naratif, maka PN yakin menang 20 kerusi DUN di Pulau Pinang, malah boleh merampas Negeri Sembilan dan Selangor. Manakala di Kedah, Kelantan dan Terengganu, parti itu berkeyakinan menang besar.

Dalam politik itu penuh dengan banyak kemungkinan. Pada PRU14, tiada yang menyangka Barisan Nasional (BN) hilang kuasa, demikian juga pada PRU15, tiada yang menyangka BN hanya menang 30 kerusi, daripada jangkaan pre PRU itu sekurang-kurangnya menang 112, tanpa GPS dan GRS.

Pertanyaannya, atas dasar apa tsunami melayu perlu berlaku? Apa kah kerajaan persekutuan yang disokong 19 parti yang meliputi parti-parti daripada blok borneo dan Semenanjung- PH/BN tiada sedikitpun tarikan pada pengundi kaum melayu?

Hakikat tidak boleh ditolak senario semasa PRU15, jauh berbeza dengan PRN 6 negeri. Pada PRN 6 ini, sudah dengan jelas telah berlaku penjajaran baharu politik. Kerjasama antara parti sudah jelas dan nyata, tiada lagi teka teki.

Kaum melayu telah tahu, sebarang keputusan PRN 6 negeri tidak mempengaruhi Kerajaan Persekutuan.

Apa kah kaum melayu tega benar tidak mahu sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan, seperti mana dilakukan rakyat Kelantan sejak tahun 1990, rakyat Selangor dan Pulau Pinang sejak tahun 2008?.

Jika rakyat Kelantan ada sebab musababnya, kerana parti yang memerintah negeri itu bukan sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, akan tetapi di negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang, yang memerintah negeri adalah juga menerajui Kerajaan Persekutuan.

Dalam politik itu, tidak salah membuat kenyataan yang bersifat boombastik, akan tetapi perlu juga bersandar pada dunia nyata.

Jika memang benar berlaku tsunami kaum melayu pada PRN 6 negeri, maka ianya petanda, bahawa pada PRU16 akan datang, akan terwujudnya semacam sistem dua parti, iaitu, blok parti yang disokong berbagai kaum dan blok parti yang bersandar satu kaum. Mengapa demikian, kerana blok Borneo berpaksi pada parti berbilang kaum.

Apapun, sama-sama kita lihat, apa kah benar-benar berlaku tsunami kaum melayu pada PRN 6 negeri? Jika benar berlaku, maka menjadi cabaran KERAJAAN MADANI untuk bekerja lebih keras untuk menawan hati kaum ini semula sebagai persiapan berhadapan PRU16 negara.

No comments:

Post a Comment