Monday, May 08, 2023

TUKAR KERAJAAN: PARTI YANG MANA TARIK SOKONGAN?

APABILA Undang-Undang Anti Lompat telah menjadi undang-undang, maka hanya parti yang cukup kerusi apabila menarik sokongan, maka kerajaan kehilangan sokongan majoriti.

Tiada lagi surat akuan bersumpah (SD) yang tergunapakai, seperti mana sebelum ini.

Semasa pemilihan Perdana Menteri ke-10 pun YDP Agong menggunapakai pengerusi/presiden parti tidak seperti pemilihan PM-8 dan PM-9.

Jika ada dakwaan terdapatnya SD melepasi majoriti mudah menolak Perdana Menteri, ianya tidak tergunapakai lagi untuk melibat YDP Agong memilih Perdana Menteri ke-11 seperti mana pemilihan PM-8 dan PM-9, sebaliknya kumpulan itu perlu mengemukakan usul pada Speaker Dewan Rakyat.

Jika usul undi percaya berjaya, maka Perdana Menteri ada dua pilihan, meletakkan jawatan atau menasihati YDP Agong membubarkan parlimen untuk pilihan raya.

Pihak yang suka sangat kacau-ganggu kerajaan perlu mengekang diri dan bertindak lah sebagai semak dan imbang yang bertanggungjawab.

Pelabur asing yang tidak berapa tahu mengenai kedudukan undang-undang pertukaran kerajaan bukan menerusi pilihan raya, akan terpengaruh, apabila kerapnya spekulasi kerajaan akan tumbang.

Hakikatnya apabila Undang-Undang Anti Lompat telah berkuatkuasa, maka kestabilan politik dan kerajaan telah terwujud.

Kerajaan Perpaduan hari ini, bukan sahaja disokong 148 ahli parlimen daripada 222, akan tetapi juga semua parti yang menyokong mempunyai perjanjian persefahman akan sokong menyokong sehingga tamat penggal.

Jika benar lah ada ahli parlimen daripada 148 itu menarik sokongan, misalnya semasa undi belah bahagi di Dewan Rakyat, maka jumlah itu mesti tidak kurang daripada 37, sebagai bukti bahawa kerajaan kehilangan sokongan majoriti mudah.

Daripada parti mana kah datangnya 37 itu? daripada GPS dan GRS dengan 29 ahli parlimen tiada kemungkinan melakukan tindakan menarik sokongan; daripada PH dengan 82 kerusi, lagi tiada kemungkinan. Daripada Umno/BN, mungkin ada antara 10-15 ahli parlimen. Katakan daripada Umno/BN 15 ahli parlimen menarik sokongan, baki 15 lagi menyokong. Apabila dicampur dengan PH,GPS dan GRS masih berjumlah 126, cukup kuat bagi sesebuah kerajaan.

Ertinya, sebarang cerita yang mengisukan bahawa kerajaan Persekutuan akan tumbang, hanya berbentuk kacau-ganggu atau gossip, kerana faktanya, kerajaan tidak akan tumbang berpandukan pada senario politik semasa.

Lagi pun tiada asas kukuh menumbangkan kerajaan, walaupun masih terkial-kial mencari formula bagai mana menangani kos sara hidup rakyat.

Kos sara hidup, bukan semakin membaik, akan tetapi semakin memburuk, apabila Bank Negara menaikkan OPR.

OPR yang tinggi menyebabkan syarikat pengeluar yang menggunapakai wang bank menaikkan harga produk mereka untuk mengimbangi kos. Dengan harga barangan yang meningkat, maka pengguna perlu membayar lebih mahal.

Rakyat secara umumnya di negara ini, dalam keadaan jatuh ditimpah tangga, sebelumpun kesan pandemik Covid-19 menghilang, terpaksa pula berhadapan dengan kos tambahan akibat pengenalan sistem kewangan oleh bank pusat.

Berhadapan isu kos sara hidup, tiada mana-mana kerajaan mempunyai lampu alladdin untuk menyelesaikannya, kerana isunya yang sangat kompleks.

Tindakan segera hanya menerusi suntikan tunai yang diberi secara langsung pada mereka yang terkesan, iaitu golongan B40 atau sebahagian daripada M40 sebagai upaya meningkatkan disposible income golongan ini.

Faktor yang sangat membebankan golongan ini, adalah barangan pakai buang termasuklah makanan, yang mengalami kenaikkan luar biasa,kecuali barangan kawalan.

Berhadapan kos sara hidup yang dihadapi rakyat, tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk menumbangkan kerajaan bukan dalam pilihan raya.

Terpulang pada pengundi di 6 negeri yang bakal berhadapan dengan pilihan raya Julai ini, apa kah reaksi mereka terhadap parti-parti yang membentuk kerajaan Persekutuan. Jika pengundi menolak-parti-parti yang menyokong kerajaan Persekutuan, ertinya, mereka hilang keyakinan bahawa kerajaan Persekutuan mampu menangani isu-isu yang didepani rakyat.

Hakikatnya, apapun keputusan pada 6 PRN tersebut tidak akan mengubah kedudukan Kerajaan Persekutuan,, atas sebab itu, masih mempunyai peluang untuk memperbetulkan keadaan sebelum PRU-16.

No comments:

Blog Archive