Wednesday, May 03, 2023

JIKA KENYATAAN TOK MAT BETUL: MAKA KEKAL LAH KERAJAAN PERPADUAN HINGGA TAMAT PENGGAL

JIKA kenyataan Timbalan Presiden Umno boleh dipercayai bahawa tiada ahli parlimen parti itu terlibat menumbangkan kerajaan Persekutuan, maka akan kekal lah kerajaan sehingga tamat penggal.

Parti-parti yang menyokong kerajaan Perpaduan, hanya parti Umno mempunyai rekod menumbangkan kerajaan sendiri.

Kerajaan Persekutuan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim disokong 82 ahli parlimen Pakatan Harapan (PH), 30 ahli parlimen Barisan Nasional (BN), 23 ahli parlimen Gabungan Parti-Parti Sarawak (GPS), 6 ahli parlimen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), 3 ahli parlimen Warisan, 2 Bebas dan masing-masing satu daripada PBM dan KDM.

Dalam konteks Sabah, selain 6 ahli parlimen daripada GRS, satu ahli bebas sangat komited dengan kerajaan Perpaduan. Demikian juga di Sarawak, daripada 23 ahli parlimen semuanya komited dengan kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Melihat kepada angka-angka, apa pun sifir yang digunakan, terlalu sukar bagi Perikatan Nasional (PN) yang mempunyai 74 ahli parlimen mendapatkan 38 kerusi untuk mencapai angka keramat 112.

Pada hakikatnya, jika memang, Perikatan Nasional disokong menerajui Kerajaan Persekutuan, tidak akan berlaku perubahan sokongan 10 ahli parlimen BN, GPS dan GRS semasa penamaan calon Perdana Menteri ke-10. Oleh kerana sokongan itu tidak muktamad, maka akhirnya keputusan seperti mana diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika timbul berbagai andaian bahawa akan ada perubahan sokongan, itu semua hanya cerita politik untuk menganggu perjalanan kerajaan.

Di negara ini adalah biasa menganggu perjalanan kerajaan yang bermula sejak tahun 2008. Pada masa itu, setiap masa rakyat mendengar “I have The Numbers” yang akhirnya tidak pernah terbukti.

Sebaiknya mana-mana parti politik yang bukan sebahagian kerajaan memberi ruang pada kerajaan dalam penggal ini membuktikan langkah-langkah dan tindakan-tindakan untuk memajukan negara dan mengatasi pemasalahan rakyat khususnya berkaitan kos sara hidup.

Berpolitik bukan lagi penyelesaian masalah rakyat dan negara, melainkan pada masa dan ketika ini tindakan yang diperlukan.

No comments:

Blog Archive