ADA pemimpin politik, pengamat politik, mendakwa, wakil rakyat yang dipilih menerusi parti yang kalah dalam pilihan raya,kemudiannya keluar daripada parti yang kalah itu,lalu menyokong parti yang membentuk kerajaan, maka pengundi yang memilih wakil rakyat itu marah.
Bukan kah pengundi semasa pilihan raya, memberi undi pada calon-calon parti kerana mengharapkan jika calon itu menang, maka boleh menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Pengundi mengundi bukan untuk menjadikan calon itu hanya wakil rakyat akan tetapi wakil rakyat yang boleh membawa kemajuan dan pembangunan selain membela untung nasib mereka.
Hakikatnya, pengundi yang memberi undi pada seseorang calon, dan calon itu menang dan menjadi wakil rakyat, dan kemudiannya mendapati tidak menjadi sebahagian kerajaan, lalu berdiam diri, dan cukup mendapatkan elaun atau perks sebagai wakil rakyat hanya untuk keuntungan peribadi, dan mengenepikan harapan pengundi yang memberi undi, dengan hujah, kami bukan kerajaan, tiada peruntukan untuk diberikan, maka perlu tunggu pilihan raya akan datang, sokong kami semula, supaya menjadi kerajaan, ada lah perbuatan sepatutnya mendorong rakyat marah.
Dalam tempoh 5 tahun, mereka yang mengundi terpaksa menunggu,sedangkan peluang membela untung nasib rakyat terbuka luas, apabila menyokong kerajaan off the day.
Bodoh sungguh rakyat yang dibela, dibantu bertukar marah. Sedangkan hakikatnya mereka bersyukur, kerana wakil rakyat yang mereka sokong dapat membuat keputusan terbaik untuk mereka.
Hujah agar wakil rakyat yang bukan kerajaan, untuk terus bersama-sama dengan parti yang membangkang, adalah punca kawasan-kawasan tersebut terbelakang daripada segi kemajuan dan pembangunan, seperti mana berlaku pada era 60 dan 70 an di Sabah.
Tindakan untuk kekal sebagai wakil rakyat pembangkang, untuk tujuan semak dan imbang, boleh dipilih, jika kemajuan dan pembangunan sudah merata dan seimbang, seperti mana di Wilayah Semenanjung. Akan tetapi belum masanya untuk Sabah, kerana semua kawasan masih memerlukan peruntukan daripada kerajaan.
Ada lah lumrah, mana-mana kerajaan akan memberi keutamaan pada kawasan-kawasan, di mana wakil rakyat kawasan tersebut penyokong kerajaan.
Ambil contoh mudah, di Peringkat Persekutuan pun, wakil rakyat parti pembangkang, tidak diberikan peruntukan, apa tah lagi di peringkat negeri.
Jangan salahkan wakil rakyat parti pembangkang keluar parti untuk menyokong kerajaan, kerana mereka itu mengutamakan pengundi yang memberikan mereka undi, supaya harapan mereka terealisasi.
No comments:
Post a Comment