Sunday, February 05, 2023

TIADA SEBAB BN-GRS BERSENGKETA

BN dan GRS adalah dua blok parti yang diberi mandat rakyat Sabah pada PRN-16 untuk memerintah negeri.

Pada asasnya pada PRN-16 Sabah, BN mencuba kembali sebagai parti dominan apabila bertanding 32 kawasan DUN daripada 73, akan tetapi hanya menang 14 dan telah menjadi sebahagian dalam 41 kerusi yang dimenangi GRS-BN- PBS-Bebas.

Memandangkan secara konsensus Datuk Seri Hajiji Haji Noor mendapat sokongan daripada 41 ADUN, maka dilantik sebagai Ketua Menteri pada 29 September 2020.

Oleh kerana DUN Sabah membenarkan perlantikan 6 ADUN dilantik, maka akhirnya kerajaan GRS-BN mempunyai 47 kerusi (59.5%) daripada 79, walaupun bukan kuasa 2/3.

Semakin hari perjalanan kerajaan di landasan betul, akhirnya 3 ADUN daripada Parti Warisan, iaitu ADUN Sebatik, Kukusan dan Sindumin keluar daripada parti mereka untuk menyokong kerajaan.

Sehingga PRU-15, nampaknya kerjasama kukuh antara GRS-BN cukup baik, kerana GRS sanggup mengorbankan beberapa penyandang, dan menyerahkan kawasan-kawasan tersebut ditandingi Umno.

Kerjasama antara GRS-BN menyumbang 13 kerusi parlimen daripada 25, satu pencapaian baik, memandangkan senario PRU-15 yang penuh dengan ketidak pastian.

Feud antara GRS-BN bermula, apabila tidak sepakat menamakan calon Perdana Menteri ke-10, walaupun salah seorang MP BN Sabah mengikut tindakan 9 MP Umno/BN menyokong Tan Sri Muhiyiddin Yassin sama dengan tindakan GRS.

Persefahaman antara GRS-BN semasa menghadapi PRU-15, bahawa jika calon Perdana Menteri ke-10 daripada Umno/BN, maka GRS menyokong, jika sebaliknya, maka dengan sendirinya persefahaman tersebut terbatal.

Oleh kerana pemilihan Perdana Menteri ke-10 boleh diibaratkan  sebagai perlumbaan kereta formula One, sehingga berlaku potong memotong, yang berkesudahan, Datuk Seri Anwar terpilih dan seterusnya mengangkat sumpah jawatan pada 24 November 2022.

Dalam perkembangan politik negara, pasca PRU-14, hanya Datuk Seri Anwar telah merancang menjadi Perdana Menteri Malaysia, manakala, Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, kerana nasib menyebelahi mereka.

Demikian juga perihalnya, Kedudukan Datuk Seri Hajiji Haji Noor wakil rakyat terlama Sabah itu, tidak pernah merancang atau bercita-cita menjadi Ketua Menteri Sabah, walaupun daripada segi pengalaman,kepimpinan, integriti melayakkan beliau sebagai Ketua Menteri.

Kadangkala sesuatu yang dirancang manusia itu tidak menjadi, sepertimana pengalaman Datuk Seri Anwar, terpaksa menunggu 24 tahun untuk mendapatkan jawatan yang diidamkan.

Dalam konteks Sabah, tidak sedikit pemimpin yang dilantik ke jawatan Ketua Menteri, bukan kerana idaman mereka, atau sesuatu yang dirancang oleh mereka, akan tetapi, selain nasib juga ketentuan yang Maha Perancang.

Demikian pula kejadiannya, apabila ada pemimpin dilantik ke jawatan Ketua Menteri kerana perancangan politik, tidak bertahan lama, dan terpaksa melepaskan jawatan.

Atas sebab itu, apabila berlaku gerakan politik, untuk dilantik ke jawatan Ketua Menteri pada 6 Januari, gerakan tersebut tidak menjadi, sehinggakan menimbulkan koncakan kecil dalam cawan, sehingga berakbiat, kawan-kawan sepermainan, terpaksa diketepikan, kerana mereka itu tidak lagi beraspirasi sama, tiada lagi unsur hormat dan mempercayai.

Kawan-kawan yang cuba ditumbangkan, tiada pilihan, melainkan perlu berkawan dengan kawan-kawan baharu yang mempunyai aspirasi yang sama, saling hormat dan saling mempercayai.

Mungkin kerana penjajaran baharu politik Persekutuan, pasca PRU-15, kesan parlimen tergantung, maka berlaku lah “kemelut” yang tidak sepatutnya berlaku.

Memang telah dikesan daripada awal-awal lagi, Parti Warisan cuba memperdaya Parti PBS, untuk bersama parti itu mengambil alih kerajaan negeri dengan anggapan mendapat sokongan Pakatan Harapan (PH).

Seperti mana diketahui, PBS tidak terpengaruh, dan kekal bersama GRS. Manakala PH pula, sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pda 24 November 2022, telah mengadakan perjumpaan dengan Datuk Seri Hajiji Haji Noor untuk memberi sokongan sebagai Ketua Menteri sehingga penggal ke-16 DUN tamat.

Menurut pengamatan penulis, tindakan 13 ADUN Umno pada 6 Januari menarik sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Haji Noor adalah “strategi”politik yang tidak menjadi, kerana menurut hemat penulis, “tindakan” tersebut ‘dirancang” sedemikian rupa untuk kembali pada status quo apabila Perdana Menteri terikut campur, yang membawa elemen bahawa pemimpin Sabah akan akur dengan nasihat Perdana Menteri, yang membawa makna, bahawa pemimpin Sabah akan sanggup melupakan sebarang sengketa, sebaliknya bergabung dibelakang Perdana Menteri, seperti mana pendekatan yang lalu-lalu.

Akan tetapi “perancangan” tersebut tidak menjadi, kerana strategi yang silap, atau orang Sabah panggil, Pai Ulung.

Pada hakikatnya, daripada 13 ADUN Umno yang mengerakan kemelut politik Sabah, tiada masalah peribadi dengan Ketua Menteri, akan tetapi, tetapi tersilap langkah, apabila terpengaruh dengan Parti Warisan dan PKDM, yang memberi sokongan untuk mengambil alih jawatan Ketua Menteri, termasuk Menteri Kewangan.

Gerakan 13 ADUN Umno yang mengunapakai “keputusan parti” telah memerangkap 5 ADUN parti itu, yang kekal berpandukan pada persefahaman awal semasa PRN-16, dan setia pada aspirasi dan mandat yang diberikan rakyat Sabah.

Sungguh malang, sepatutnya persengekataan yang tidak perlu berlaku, telah berlaku, hanya kerana mungkin, mendengar guruh di langit lalu air di tempayan dicurahkan, atau seperti anjing dengan bayang-bayang.

Betul lah kata bidalaan orang tamak itu selalu rugi, namun dalam senario ini, mereka yang terlibat itu, sama sekali tidak rugi, yang rugi adalah rakyat yang menyokong mereka, selain mereka yang di peringkat akar umbi terpaksa diganti, untuk memastikan fungsi kerajaan secara menyeluruh berjalan dengan baik dan efektif.

Daripada segi penerimaan rakyat Sabah pula masih jauh untuk diramal, kerana PRN-17 Sabah masih berbaki 3 tahun lagi. 

Perlu dingat, samada GRS-BN mempunyai kelompok penyokong masing-masing, apabila saling berlawan atau bertembung, mungkin menguntungkan parti lain, pun demikian, politik Sabah itu sangat dinamik, di atas kertas boleh diramal, akan tetapi apabila sampai waktunya, yang tidak disangka berlaku akan berlaku.

Terpulang pada masing-masing pihak, bagai mana mencatur/ membuat pendekatan, kerana, pada akhirnya, rakyat lah yang menentukan.

Jika kerajaan yang dipimpin Hajiji memenuhi aspirasi rakyat Sabah, tiada yang boleh menidakkan, seperti mana berlaku semasa era Tan Sri Musa Aman, walaupun berbagai ancaman,baik daripada dalam mahupun luar, boleh bertahan 15 tahun, atau melepasi JINX 2 penggal kerajaan negeri.

No comments:

Blog Archive