Sunday, February 26, 2023

SABAH PERLU TUMPU BIDANG ADA DAYA SAING

SEKTOR minyak dan gas adalah sektor yang Sabah ada daya saing, atas sebab itu penumpuan pada sektor tersebut adalah keutamaan kerajaan negeri.

Berbagai perjanjian berkaitan minyak dan gas telah dilakar sejak kerajaan negeri diambil alih oleh kempimpinan baharu pada September 2020.

Sabah melihat industri berkait minyak dan gas yang melibatkan negeri akan terus rancak dari tahun ke tahun, kerana selepas memperhalusi sektor-sektor industri lain, sektor itu mempunyai comparative advantage untuk negeri.

Sektor industri lain berhadapan dengan berbagai kekangan, selain kos pengeluaran yang tinggi, logistik, juga keadaan kemudahan infrastruktur yang tidak membantu, misalnya bekalan elekterik, air atau jalan perhubungan.

Sabah menikmati pulangan hasil yang signifikan tinggi daripada sektor minyak dan gas, apabila mendapat kutipan hasil daripadanya melebihi RM5bilion pada tahun lalu, dan kutipan itu akan terus meningkat, apabila berbagai pengelibatan negeri khususnya SMJSB dalam sektor tersebut.

Sektor minyak dan gas bukan sahaja membuka banyak pekerjaan dan perniagaan pada anak-anak Sabah, akan tetapi akan mendorong lonjakan perekonomian negeri di masa hadapan.

Selepas sekian lama (bermula Tahun 1976), Sabah hanya mendapat bayaran tunai 5% daripada sektor minyak dan gas, hanya 2 tahun terakhir, rakyat negeri ini mula merasakan harta karun yang keluar daripada perut bumi negeri.

Tahniah atas iltizam kepimpinan negeri yang diterajui Ketua Menteri- Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang secara terus menerus, berbincang dengan berbagai cara dengan Kerajaan Persekutuan, dengan bersenjatakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk merealisasikan aspirasi rakyat Sabah.

No comments:

Post a Comment