Sunday, February 26, 2023

JANGAN FITNAH WAKIL RAKYAT SOKONG KERAJAAN: HAJIJI

WAKIL rakyat yang menyeberang jangan difitnah macam-macam termasuk dibeli dan diberi habuan untuk menyokong kerajaan.

Menurut Ketua Menteri- Datuk Seri Hajiji Haji Noor, jika sesiapa yang sangsi termasuk Datuk Shafie Apdal atau Datuk Bung Moktar Radin, berkaitan sokongan mereka itu, sila bertanya sendiri pada mereka, apa kah benar mereka dibeli atau dijanjikan sebarang habuan.

Wakil rakyat yang menyokong kerajaan bertindak demikian, kerana kerajaan off the day wajar disokong, atas sebab berada pada landasan betul untuk membela,memajukan rakyat serta membangun negeri.

Para wakil rakyat yang menyeberang atau pun melibatkan parti, menyokong kerajaan, bukan sokongan bersifat peribadi, melainkan mereka melihat dan berpendirian, bahawa kerajaan yang ada dipimpin oleh mereka yang menunaikan tanggungjawab sesuai dengan aspirasi rakyat serta mandat yang diberi semasa PRN-16 Sabah.

Lagi pun mereka melihat visi kerajaan negeri Sabah Maju Jaya, penuh dengan strategi dan kerangka yang membolehkan rakyat maju ke hadapan.

Kerajaan negeri dalam merealisasikan visi tersebut, memulakan dengan pertumbuhan ekonomi negeri yang positf, kutipan hasil yang tinggi,yang tidak pernah dicapai sebelumnya, selain merealisasikan butiran Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Para wakil rakyat tersebut melihat, bagaimana kerajaan negeri memanfaatkan comparative advantage dalam sektor minyak dan gas, menerusinya, maka syarikat milik penuh kerajaan negeri SMJSB memeterai berbagai perjanjian dengan PETRONAS.

Juga persetujuan kerajaan Persekutuan meningkatkan bayaran geran khas kepada negeri dari hanya RM25.6 juta berpuluh tahun, kini, untuk Tahun 2023 berjumlah RM260juta.

Peruntukan pembangunan daripada Persekutuan sebelum ini berlegar-legar antara RM2-3 bilion setahun, kini, untuk tahun 2023 berjumlah RM6.5bilion.

Kepercayaan Kerajaan Persekutuan terhadap kerajaan negeri, sehingga meluluskan mana-mana projek Persekutuan berkos bawah RM50juta diputuskan di Menara Kinabalu, bukan lagi di Putrajaya.

Kerajaan negeri juga dalam perundingan dengan Kerajaan Persekutuan, berkaitan peruntukan tahuan pada Sabah hendak lah disalurkan terus pada tabung amanah yang diurus oleh kerajaan negeri. Jika cadangan kerajaan negeri tersebut dipersetujui,maka akan mengatasi peruntukan dibawa ke hadapan atau peruntukan kitar semula.

No comments:

Post a Comment