Monday, February 27, 2023

KOS SARA HIDUP KEKAL MENGHANTAUI RAKYAT

MENJADI pengajaran pada rakyat, apabila nanti ada pemimpin parti politik bercakap jika diberi mandat dalam pilihan raya, maka boleh menurunkan atau mengatasi kos sara hidup rakyat, jika kenyataan atau hujahan itu berlaku, percaya lah ianya hanya hujahan retorik, kerana memangpun, tiada kerajaan yang boleh menurunkan kos sara hidup, akan tetapi hanya mampu mencipta benteng atau batu penghalang bagi menampang kesan yang lebih teruk.

Memang kerajaan memperuntukan berbagai subsidi, tetapi subsidi tidak menghalang kenaikkan harga barang, kecuali bagi barang kawalan.

Berbagai media, termasuk Perdana Menteri mengatakan kesan inflasi terhadap harga makanan dalam negara ada lah 5.8%, walaupun secara umum inflasi dalam negara adalah 3.3%.

Inflasi 5.8% terhadap harga makanan mungkin dipuratakan secara umum, tetapi pada asasnya kenaikkan jauh lebih tinggi.

Contoh mudahnya, sayap ayam segar sebelum PKP RM12.90, kini RM16.90, naik RM4, peratusnya adalah 31%. Sayap ayam panggang sebelum PKP seketul RM1.50, kini RM2.50,naik RM1, peratusnya 67%. Ballantyne Salted Butter mini tubs (12 x7g) sebelum PKP RM7.50,kini RM10.50,naik RM3, peratusnya 40%. Ikan telapia sebelum PKP RM10.80, kini RM18, naik RM7.20, peratusnya 67%. Sayur bayar seikat sebelum PKP RM1.50, kini RM2.80,naik RM1.30, peratusnya 87%. Nescafe 3+1 sebelum PKP RM9.90,kini RM14.80,naik RM5,peratusnya 51%.

Menerusi contoh-contoh di atas di mana kah logiknya, kenaikan harga barang makanan hanya 5.8%?

Pengalaman penulis membeli keperluan dapur,kecuali beras, gula, rata-rata barang makanan naik lebih 50%, atas sebab itu, jika pendapatan Ketua Isi Rumah (KIR) kekal, bermakna, keperluan untuk dapur kuantitinya berkurang separuh. Jika mahu juga mengekalkan kuantiti sama, maka pendapatan perlu ditambah sekali ganda.

Tambahan pendapatan sekali ganda dalam masa singkat, sesuatu yang jarang berlaku, atau mungkin tidak pernah berlaku. Kerana ianya tidak berlaku, maka kesan kos sara hidup pada rakyat akan kekal menghantui mereka.

Kerajaan bertindak, memperkenalkan menu rahmah,bakul rahmah, jualan rahmah.. persoalanya, daripada jangkauan.

Kesan kos sara hidup bukan sahaja melibatkan golongan rentan, akan tetapi penjawat awam juga merungut. Jawapan kerajaan berkaitan rungutan itu, kerajaan berhadapan kecairan, atas sebab itu, perks bagi penjawat awam tidak dilonjakkan dalam Bajet 2023 negara.

Hakikatnya, tiada cara bagi mengurangkan kos sara hidup, kecuali menerusi peningkatan pendapatan yang menyumbang pada pendapatan yang boleh guna.

Kos sara hidup adalah lingkaran kehidupan yang saling berkait antara satu sama lain, ertinya, tiada pihak yang boleh ditekan untuk menguntungkan pihak lain, melainkan perlu berlaku suntikan luar ke dalam lingkaran untuk mengwujudkan menang-menang bagi setiap segmen dalam lingkaran.

Pengajaran pada rakyat, apabila suatu hari nanti, dilaung-laungkan, bahawa kos sara hidup rakyat boleh diatasi, supaya jangan menaruh harapan tinggi, kerana nantinya kekecewaan yang diterima.

Jika pemimpin bercakap memajukan bidang-bidang yang mana negara atau negeri mempunyai comparative advantage untuk memacu perekonomian, dan pada gilirannya membuka peluang-peluang pekerajaan dan perniagaan sebagai kaedah menambah pendapatan,maka hujahan sedemikian lah yang perlu diterima. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Post a Comment