Saturday, February 25, 2023

RM97 BILION PERUNTUKAN PEMBANGUNAN BAGI TAHUN 2023: SABAH& SARAWAK DIBERIKAN 12.5% (RM12.1 BILION)

NAMPAKNYA keseimbangan agihan peruntukan pembangunan bagi 3 Wilayah masih timpang, apabila nisbah agihan seperti lalu-lalu diteruskan yang mana hanya sebahagian kecil sahaja diberikan untuk Wilayah Sabah dan Sarawak.

Untuk tahun 2023, Sabah & Sarawak diberikan RM12.1 bilion (12.5%) dengan pecahan Sabah RM6.5 bilion (6.7%), Sarawak RM5.6 bilion (5.8%), manakala Wilayah Semenanjung RM84.9 bilion (87.5%) atau purata bagi 11 negeri termasuk Perlis 7.95% setiap negeri.

Sabah & Sarawak ada lah penyumbang terbesar pada hasil negara menerusi minyak dan gas, apabila mengambilkira rizab petroleum negara yang dianggarkan 6.9 tong (boe), 4.2 bilion tong (61%) di Sarawak dan 1.3 bilion tong (19%) di Sabah.

Daripada segi pengurusan, sudah wajar jika sebahagian besar tertumpu di Wilayah Semenanjung, kerana di situ lah terletaknya pusat pentadbiran, akan tetapi daripada segi pembangunan yang boleh menjadi pemangkin pada pertumbuhan ekonomi, Sabah dan Sarawak memerlukan peruntukan yang lebih besar untuk mengejar ketinggalan.

Isu utama antara tiga Wilayah adalah kesenjangan pembangunan yang tidak seimbang, khususnya berkaitan kemudahan asas yang sangat mempengaruhi keupayaan rakyat dua wilayah tersebut.

Antara penyumbang kesenjangan pendapatan rakyat antara daerah di dua Wilayah tersebut berkaitan logistik yang dipengaruhi oleh jaringan jalan raya yang daif.

No comments:

Post a Comment