Saturday, February 25, 2023

BAJET 2023: PERUNTUKAN PEMBANGUNAN UNTUK SABAH RM6.5 BILION

NAMPAKNYA Kerajaan Persekutuan serius merancakkan pembangunan untuk Sabah apabila memperuntukan RM6.5 bilion bagi tahun 2023.

Apa yang paling mustahak peruntukan sebesar ini dapat dibelanjakan sepenuhnya pada tahun ini.

Jangan berlaku angka hanya di atas kertas, akan tetapi tidak dapat dibelanjakan dan terpaksa di bawa ke hadapan, kerana kaernah birokrasi seperti mana amalan sebelum ini.

Oleh kerana melaksanakan projek-projek yang mendapat peruntukan kerajaan menerusi rundingan terus sudah menjadi phobia bagi kerajaan Persekutuan, maka bahagian teknikal di semua peringkat perlu bekerja keras menyedia spek dan BQ dengan pantas supaya bidaan terbuka dapat diiklankan atau dipamerkan di kementerian atau agensi yang terbabit dalam masa sesingkat-singkatnya.

Jika bahagian teknikal lambat respon dan tidak dapat menyediakan apa yang diperlukan bagi sesebuah projek, maka peruntukan kemungkinan tidak dapat dibelanjakan, dan terpaksa dikitar semula.

Untuk tahun 2023, hanya berbaki 10 bulan, apa kah dalam tempoh masa itu, bahagian teknikal di berbagai kementerian/jabatan/agensi bersedia menyedia spek dan BQ yang diperlukan bagi peruntukan yang membabitkan ratusan juta ringgit? Ini lah cabaran utama mereka, apabila kerajaan benar-benar lari daripada rundingan terus atau bidaan terpilih, sebaliknya memilih bidaan/tender terbuka.

Menerusi bidaan/tender terbuka, hanya syarikat/kontraktor yang benar-benar berkebolehan/berkeupayaan menang bidaan/tender, kerana pengalaman membantu mereka. Menerusinya, maka mengurangkan unsur rasuah, atau kroni, selain itu dapat mengatasi projek sakit.

Akan tetapi kaedah ini, menjadi khabar buruk bagi pelobi-pelobi projek, kerana menerusi bidaan/tender terbuka tidak perlu lagi sebarang nota bidai atau surat sokongan daripada pihak-pihak yang berkuasa.

No comments:

Post a Comment