Saturday, February 25, 2023

BERKESAN KAH TANGANI KOS SARA HIDUP DENGAN KAEDAH RAHMAH?

MUNGKIN berkesan di sesetengah kawasan yang ada aktiviti rahmah, bagai mana pula di kawasan-kawasan yang tidak dijangkau?

Memang di atas kertas mudah mentabulasi tindakan, akan tetapi secara praktikal tidak mudah.

Program menu rahmah, bakul rahmah dan jualan rahmah, berapa peratus rakyat yang diliputi?

Program yang disenaraikan ini, hanya melibatkan rakyat ada ada duit untuk dibelanja. Bagai mana pula rakyat yang tiada duit untuk dibelanja?

Memang dalam bajet ada cara membantu rakyat yang tidak berduit, untuk menggalakan mereka berniaga, apabila kerajaan akan membina gerai-gerai jualan, menyediakan fasiliti kewangan untuk berniaga, tetapi ianya tidak segera, melainkan mungkin terpaksa menunggu satu tempoh masa.

Penulis tertunggu-tunggu penyelesaian segera yang bersifat baharu tetapi tidak terkandung dalam bajet yang dibentangkan Perdana Menteri pada petang jumaat.

Penulis sebenarnya mengharapkan ada tindakan afirmatif yang berbentuk segera yang menyasarkan kumpulan yang terkesan dengan kos sara hidup.

Penulis beberapa hari lalu, mengharapkan menerusi bajet yang disemak, kerajaan akan menyenaraikan kaedah meningkatkan pendapatan rakyat boleh guna (disposible income), untuk komplemen tindakan mengawal harga, melalui rahmah.

Dengan tiadanya tindakan afirmatif, selain golongan yang amat terkesan B40, dilaporkan juga Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) melihat Bajet 2023 tidak mampu menyelesaikan tekanan kos sara hidup yang dihadapi oleh penjawat awam.

No comments:

Post a Comment