Sunday, February 26, 2023

PERUNTUKAN AHLI PARLIMEN

WAKIL RAKYAT adalah pemimpin politik yang sangat bernasib baik, atas sebab, aktiviti politik mereka juga mendapat peruntukan daripada kerajaan, termasuk pusat perkidmatan mereka.

Untuk tahun ini, setiap ahli parlimen diberikan peruntukan RM1.3 juta untuk dibelanjakan termasuk sentuhan kasih. Jumlah ini, berkurang RM1.5 juta, berbanding sebelumnya RM2.8 juta semasa era kerajaan Prihatian dan Keluarga Malaysia.

Malangnya, pada kali ini, peruntukan tersebut hanya untuk 148 ahli parlimen penyokong kerajaan, tidak bagi pembangkang, tidak seperti sebelumnya, semua ahli parlimen mendapat peruntukan yang sama rata.

Penulis yakin peruntukan yang sama akan juga mengalir pada 74 kawasan parlimen lain, akan tetapi menerusi pemimpin politik setempat yang mesra atau penyokong kerajaan. Maknanya, rakyat di kawasan itu dapat juga tempias daripada peruntukan kerajaan tersebut.

Bagi ahli parlimen pembangkang, terpaksa mencari dana sendiri untuk menanggung pusat perkhidmatan masing-masing.

Tindakan kerajaan hanya menyalurkan peruntukan pada ahli parlimen daripada parti kerajaan, bukan lah perkara baharu, kerana ianya amalan sekian lama semasa era Kerajaan Barisan Nasional.

Kerana amalan tersebut, maka pemimpin pembangkang, sentiasa menyuarakan, bahawa mereka sentiasa berada pada padang yang tidak sama, daripada segi aktiviti politik mahupun tindakan membantu/membela rakyat di kawasan masing-masing.

Di Sabah, hanya seorang ahli parlimen yang tidak mendapat peruntukan Rm1.3 juta, iaitu ahli parlimen Beluran, manakala 24 yang lain akan mendapat peruntukan tersebut.

Pada asasnya, tiada rakyat yang terlepas pandang daripada pembelaan kerajaan, hanya kaedah sahaja yang berbeza.

Ada lah lumrah, jika rakyat yang menyokong kerajaan akan mendapat perhatian yang lebih utama berbanding yang tidak, kerana itu lah asam garam politik tanah air.

Penulis masih teringat, di kampung penulis sebelum rangkaian elekterik daripada SESB disambung, di kalah 100% penduduk menggunaka lampu pelita di waktu malam, apabila kerajaan off the day masa itu menerusi wakil rakyat mereka memperkenalkan generator pembangkit elektrik, kabel-kabel hanya disambung pada penyokong kerajaan, maka ternampak lah di waktu malam, bagaikan lampu jalan, ada rumah yang terang ada yang gelap.

Apabila mahu melihat atau mengenalpasti, mana rumah penyokong dan bukan, maka lihat lah di waktu selepas matahari terbenam, sehingga pukul 10 malam, yang berlampu terang itu penyokong, yang gelap itu (hanya lampu pelita) pembangkang.

Namun pada era ini, semua itu hanya sejarah. Yang membezakan hanya aktiviti wakil rakyat. Wakil rakyat yang ghaib adalah wakil rakyat pembangkang, bukan kerana mahu ghaib, akan tetapi tiada dana untuk melaksanakan aktiviti. Manakala wakil rakyat kerajaan boleh menjalankan aktiviti biasa kerana tidak bimbang berkaitan dana, kerana memang pun diberi peruntukan untuk aktiviti sedemikian.

No comments:

Post a Comment