Wednesday, February 15, 2023

PEMIMPIN TERLIBAT RASUAH BUKAN LAGI ISU?

BARANGKALI sebahagian besar rakyat negera ini telah bosan mendengar/membaca berkaitan pemimpin yang terlibat rasuah, yang mana pada hakikatnya, tidak memberi sebarang faedah pada kelangsungan hidup harian mereka.

Mendengar/membaca berbagai laporan samada yang disensasikan atau laporan bersahaja, hanya hiburan mata untuk seketika, tidak berbekas, walaupun ada yang kata ada kesan dalam politik.

Hebohnya laporan pandora papers oleh sesetengah media, tidak pun menjadi rebutan pembaca, atas sebab cukup lah bagi mereka mengetahui siapa yang terlibat, kerana apapun kesimpulannya, tidak berkesan pada sebahagian besar rakyat yang terkesan kos sara hidup.

Tiada dalam sejarah negara, mereka yang didapati bersalah yang melibatkan wang banyak, maka selepas wang itu dirampas, maka kerajaan menjadi robinhood.

Penulis melihat, menjadikan punching bag pemimpin atau mereka yang dituduh pengamal rasuah, sebenarnya adalah usaha mengalih pandang pada isu sebenar yang melanda rakyat, kerana memang didapati terlalu sukar/susah menangani kesusahan rakyat ketika ini.

Jika benar lah pemimpin yang dikatakan pengamal rasuah, berkesan dalam politik, tidak mungkin Umno/BN menang pada PRN Melaka dan Johor, kerana semua pemimpin yang turun naik mahkamah berkaitan rasuah telah berkempen semasa PRN tersebut. Demikian juga, jika benar mereka yang dituduh rasuah, dibicarakan kerana rasuah, tidak akan menang pada PRU-15 lalu.

Rasuah pada hakikatnya hanya melibatkan dua pihak, yakni pengamal rasuah hidup melebihi kemampuannya. Manakala pemberi rasuah mendapat wang atau keuntungan yang banyak kerana berjaya melakukan monopoli. Kedua-dua pihak ini, tidak signifikan pada kehidupan harian sebahagian besar rakyat secara langsung.

Penulis hanya terbaca, tindakan rasuah yang siginifikan kesannya pada rakyat, adalah berkaitan kemudahan penyedian air bersih di Sabah yang mana peruntukkannya disalurkan menerusi KKLW pada masa lalu, kerana sehingga kini kesannya sangat terasa, apabila bekalan air bersih sudah menjadi akut. Sama hal juga, berkaitan penyelengaraan jalan-jalan raya, yang mana para kontraktor yang mendapat kerja-kerja itu terpaksa mengurangkan mutu/kualiti, sebagai upaya mengurangkan kos, kerana terpaksa menyumbang pada mereka yang memberikan kontrak. Kesannya, permukaan jalan, ada yang mengatakan seperti permukaan bulan, walaupun tiada siapa yang pernah merasakan bagaimana permukaan bulan tersebut.

Penulis menanti akan kesan, pada 6 PRN di Semenanjung, berhubungan dengan isu dana politik yang sedang disiasat berkaitan parti Bersatu, kerana keputusan rakyat mengenainya, boleh membantu hipotesis penulis, bahawa pemimpin terlibat rasuah bukan lagi isu.

No comments:

Blog Archive