Wednesday, February 01, 2023

PARTI GAGASAN RAKYAT SABAH (GAGASAN) BAKAL DIKETUAI HAJIJI

PARTI GAGASAN- Belum pun dilancarkan secara rasmi, hanya isyarat yang diberikan Ketua Menteri bahawa beliau akan mengetuai sebuah parti yang diambil alih tidak lama lagi, ramai melobi samada menjadi Ketua Penyaja, dan berbagai jawatan lain, termasuk lah pemimpin veteran mantan-mantan pemimpin parti lain.

Jika bercakap berkaitan pemimpin veteran, kena melihat latar belakang mereka, apa kah pernah terlibat dengan tindakan-tindakan yang merugikan rakyat. Jika pernah sebaiknya jangan jadikan mereka dibarisan hadapan, untuk menghalang persepsi rakyat.

Parti baharu, yang paling mustahak, DO It Right The First Time (DRIFT) sebelum pelancaran.

Sudah menjadi kebiasaan setiap parti yang diketuai Ketua Menteri akan mendapat sambutan. Kerana sambutan sedemikian lah perlu berhati-hati, kerana akan berlaku what you do what you get.

Mereka yang bakal menjadi barisan hadapan adalah mereka yang benar-benar menyertai parti secara sukarela samada untuk menjadikan parti sebagai platform perjuangan atau pun untuk menyumbang kepada rakyat dan negeri.

Jika ada di antara mereka itu, adalah para individu yang bergantung pada tiupan angin, maka akan memudarat parti di masa akan datang.

Di Sabah, kerap kita menyaksikan, apabila sesebuah parti yang disokong hilang kuasa, mereka yang paling ke hadapan membelakangkan parti adalah mereka yang mendapat nikmat daripada parti.

Atas sebab itu, Gagasan yang bakal diketuai Ketua Menteri perlu berhati-hati memilih mereka yang mengisi barisan hadapan daripada mula lagi.

Rakyat sekarang, sudah phobia dengan perbuatan pemimpin mengikut angin, bagaikan chameleon. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive