Thursday, February 23, 2023

MUNGKIN BUNG LUPA PRN-16 SABAH- GRS-BN BERKERJASAMA: JAMES RATIB

Datuk James Ratib
MUNGKIN Datuk Bung Moktar Radin lupa, semasa PRN-16 Sabah, GRS-BN bekerjasama, dan seterusnya membentuk kerajaan secara bersama.

Bung yang menang di Dun Lamag dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerjaraya Negeri Sabah.

Bung memanjawat jawatan tersebut sehingga 10 Januari 2023, apabila pada 11 Januari digugurkan.

Apabila 5 ADUN Umno yang menang pada PRN tersebut enggan mengikut langkah Bung untuk menggulingkan kerajaan sendiri dengan kerjasama parti pembangkang- Parti Warisan, Bung menyifatkan mereka ada lah monyet, kerana dituduh “melompat”, sedangkan tiada tindakan melompatpun, kerana mereka itu hanya mempertahankan status quo.

Salah seorang daripada 5 ADUN Umno yang membuat ketetapan untuk mengekalkan Kerajaan yang dibentuk selepas PRN-16 Sabah adalah ADUN Sugut- Datuk James Ratib. Menurut beliau, apapun dakwaan Bung berkaitan mereka, hanya rakyat yang boleh menjadi pengadil, bukannya MP Kinabatangan tersebut.

Sokongan James pada kerajaan negeri yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor kerana berpandukan pada pencapaian kerajaan negeri yang luarbiasa, baik daripada segi kutipan hasil negeri, pelaksanaan butiran-butiran dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), juga kemajuan rundingan dengan PETRONAS berkaitan kawal selia gas dan minyak, yang kini diterjemahkan menerusi kerjasama menang-menang, yang tentunya bukan sahaja memberi kesan positif pada perekonomian negeri, akan tetapi membuang ruang yang luas baik daripada segi peluang-peluang pekerjaan, akan tetapi juga perniagaan.

Keutamaan wakil rakyat yang beralih platform perjuangan, termasuk James, adalah semata-mata untuk meneruskan momentum membela rakyat dan memajukan negeri.

Terlihat sangat, pada ucapan sulung salah seorang ADUN Umno yang menyokong Kerajaan Negeri di Dewan Rakyat, bahawa 100% ucapan tersebut berkisar untuk membela rakyat dan memajukan negeri, berbeza sekali dengan ucapan Bung dan Shafie, hanya berkisar pada hal-hal politik murahan.

Rakyat Sabah perlu menilai mana kaca dan intan, apabila menyokong seseorang pemimpin, kerana tersalah memilih, akan merugikan mereka.

No comments:

Blog Archive