Saturday, January 21, 2023

UMNO MELUKUT TEPI GANTANG?

PARTI Umno adalah parti pemerintah negara sejak merdeka, sehingga lah hilang kuasa pada PRU-14.

Hilang kuasanya parti itu, bukan kerana namanya Parti UMNO, akan tetapi kerana pemimpinnya.

Umno pada masa lalu adalah rebutan para pembesar melayu. Kerana menjadi rebutan, mereka yang kalah membawa diri, ada yang menubuhkan parti, matlamatnya hanya satu, untuk lawan pemimpin yang mengalahkan mereka.

Mereka yang membawa diri menggunakan kaedah memburukkan pemimpin asal mereka.

Akan tetapi cara itu, tidak berjaya, kerana masih terdapatnya pemimpin parti itu yang tidak terpalit dengan rasuah atau isu moral, manakala yang terpalit, terus diamankan, atau diminta meletakan jawatan, setinggi mana pun jawatan tersebut.

Ramai pemimpin Umno berjawatan tinggi seperti menteri besar, menteri atau mereka yang berjawatan tinggi dalam syarikat-syarikat berkait kerajaan, terpaksa meletakkan jawatan, dan tidak lagi diberikan sebarang jawatan, malah mereka itu hanyut daripada kepemimpinan parti.

Akan tetapi, apabila parti tidak lagi menggunapakai, amalan parti, mana-mana pemimpin yang terpalit isu moral, termasuk yang dihadapkan ke mahkamah, kerana mengambil pendekatan baharu, SESEORANG ITU TIDAK BERSALAH SELAGI MAHKAMAH BELUM MENJATUHKAN HUKUMAN, telah menjadi faktor utama parti itu gradually ditolak rakyat, termasuk kaum yang diperjuangkan - kaum melayu.

Perdana Menteri ke-4 yang juga Presiden parti, melihat keputusan PRU tahun 1999, sokongan pada parti menurun kerana isu, kebosanan rakyat termasuk kaum melayu terhadap parti itu, kerana Presiden adalah orang sama lebih 20 tahun. 

Kerana isyarat tersebut, Datuk Seri Dr Mahathir Mohammad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti pada Oktober 2003, dan menyerahkan kepimpinan pada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Betul juga keputusan Mahathir meletakkan jawatan, kerana pada PRU 2004, Umno menang 109 kerusi, dan BN menang kuasa 2/3, malah PKR,hanya menang 1 kerusi di Parlimen Permatang Pauh, menerusi isteri Anwar- Datin Wan Azizah, walaupun kemudiannya menurun ke 79 pada PRU 2008. 

Apabila berlaku pergantian kepimpinan daripada Abdullah kepada Najib pada tahun 2009, PRU berikutnya, iaitu PRU 2013, Umno menang 88 kerusi, meningkat 9 kerusi, akan tetapi  secara keseluruhan masih gagal menang kuasa 2/3, apabila hanya menang 133 daripada 222, berkurang 10 kerusi berbanding keputusan PRU sebelumnya, kerana parti komponen seperti MCA dan Gerakan banyak kehilangan kerusi.

Apabila timbul isu 1MDB yang membabitkan Perdana Menteri/Presiden parti, yang cuba dinafikan oleh pemimpin parti yang bertag sokong membawa rebah; maka Perdana Menteri/Presiden bertindak menunjukkan kuasa, dengan memecat Timbalan perdana daripada kerajaan dan parti, termasuk juga mereka yang memberi pandangan berkaitan 1MDB.

Kesan pada tindakan tersebut, pada PRU 2018, Umno bukan sahaja hanya menang 54 kerusi, akan tetapi tumbang sebagai peneraju kerajaan.

Dalam kedudukan yang sangat lemah, parti yang mempunyai pemimpin berDNA Umno, menghulurkan tangan membantu parti itu bangkit semula. Benar juga, dengan bantuan tersebut yang mengatas namakan Muafakat Nasional (MN), calon-calon Umno pada berberapa PRK Pasca-PRU14, menang.

Upaya agar parti itu dapat bangkit seperti sebelumnya, pemimpin yang juga berDNA Umno, sanggup mengorbankan kerajaan sendiri, semata-mata untuk membawa Umno dalam kerajaan, sehingga lah pemimpin parti mendapatkan semula jawatan Perdana Menteri.

Kerana pemimpin parti sebagai Perdana Menteri, maka menerusi PRN Melaka dan Johor, parti itu bukan sahaja menang akan tetapi kemenangan kuasa 2/3.

Menerusi kemenangan luar biasa pada dua PRN tersebut, menyebabkan para pemimpin parti itu lupa diri terutama kluster orang-orang kalah (KOK) sehingga bertindak bongkak, dan takabur, sehingga mempengaruhi perwakilan parti pada PAU2020, No Anwar, No DAP No Bersatu, sedangkan parti yang menghulurkan tangan adalah BERSATU.

Para pemimpin Umno terutama KOK bertindak hilang akal, termasuk tidak menghormati Perdana Menteri daripada parti sendiri, kerana bagi mereka, PM tersebut bukan mewakili parti melainkan BERSATU dan PAS, atas sebab itu para penyokong mereka mendesak pembubaran parlimen.

Tindakan mereka seterusnya, bahawa Umno tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti melainkan bergerak SOLO dengan LOGO BN berhadapan dengan PRU-15.

Apabila parti PAS, yang mahu mempertahankan MN, Umno memberi kata dua, perlu keluar terlebih dahulu  daripada Perikatan Nasional (PN), putus hubungan dengan Bersatu, baharu bicara soal kerjasama.

Seperti mana yang kita ketahui, selepas sahaja keputusan PRU-15 diumumkan, Umno hanya menang 20 kerusi di Semenanjung, termasuk tidak menang sebarang kerusi di Melaka, Selangor, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Parti yang mereka anggap akan musnah Bersatu, malah menjelang pengiraan undi, mantan MP Kemaman, Terengganu, Datuk Ahmad Shabery Chek mentweet bahawa Tan Sri Muhiyiddin Yassin kalah di Parlimen Pagoh kepada calon Umno Datuk Razali Ibrahim, mantan MP Muar yang tewas pada PRU-14, kepada seorang anak muda pentandang baharu dalam politik- Syed Saddiq Abdul Rahman.

Mereka kini, baharu tersedar, berpandukan pada keputusan PRU-15, parti yang mereka katakan akan  musnah, menang jumlah kerusi yang jauh lebih banyak, apabila BERSATU menyumbang 22 kerusi di Semenanjung.

Apabila keputusan PRU-15, tiada mana-mana parti menang melebihi 50% kerusi, Umno boleh sahaja membentuk kerajaan dengan PN, akan tetapi PN, hanya dapat menerima sebahagian MP parti itu. Kerana keputusan PN itu, maka Umno tiada pilihan melainkan perlu menyokong Anwar.

Parti-parti daripada Sabah (kecuali Umno) dan Sarawak yang pada awalnya menyokong PN, akan tetapi memandangkan parti itu tidak mendapat kerusi yang mencukupi, apabila 10 MP Umno/Bn terpaksa menarik surat akuan bersumpah, kerana diperangkap keputusan Umno/BN untuk berkecuali dalam pemilihan PM ke-10, dan akan bertindak sebagai PEMBANGKANG, maka GPS dan GRS menyerahkan kepada budibicara YDP Agong, akan menyokong, mana-mana calon mendapat sokongan majoriti mudah.

Oleh kerana MP/BN yang diminta menghadap oleh Agong, hanya diwakili Datuk Ahmad Zahid, Datuk Mohammad Hassan dan Datuk Zambry Kadir, dan menyatakan kesemua 30 MP parti itu menyokong Kerajaan Perpaduan, maka secara automatik juga, GPS dan GRS menyokong kerajaan Peraduan, yang terpilih lah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022.

Kini "After the dust has settled" Anwar mempunyai sokongan 2/3, iaitu 148 kerusi daripada 222. Tanpa Umno 122; tanpa BN 118. Ertinya, tanpa Umno/BN pun, kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri tidak tergugat.

Kerana situasi demikian, maka wakil rakyat PKR, MP Pasing Gudang dan wakil rakyat DAP- P. Ramasamy memberi pandangan, bahawa Kerajaan Perpaduan yang diterajui Anwar terbeban dengan kehadiran Datuk Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Berasaskan situasi atau senario politik terkini, ternampak sangat UMNO sebagai parti melukut ditepi gantang. Kepada para penyokong Umno, jangan dulu marah, berkaitan ulasan ini, belajar lah menerima hakikat sebenar.

No comments:

Blog Archive