Tuesday, January 17, 2023

PRN 6 NEGERI MENANTI KE ARAH MANA PENGUNDI KAUM MELAYU

KE ARAH mana kah pengundi kaum melayu? apa kah pola pengundian kaum itu pada PRU-15 berterusan? akan dilihat pada 6 PRN yang akan diadakan selewat-lewatnya Mei tahun ini.

Negeri-negeri yang bakal mengadakan pilihan raya yang hanya membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu, yang juga  membabitkan “heart land of malays” terutama Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Benar pada PRU-15, di negeri Sembilan PN tidak menang sebarang kerusi, akan tetapi undi yang perolehi calon-calon parti itu, cukup memberangsangkan.

Pada PRU-15, PN menang 74 kerusi, 72 kerusi di Semenanjung, dan masing-masing satu kerusi di Sarawak dan Sabah, kesemua 72 kerusi tersebut di kawasan majoriti kaum melayu.

Pencapaian parti blok baharu tersebut yang pertama kali menyertai PRU dengan logo PN, telah memberi kemenangan kepada Pas dan Bersatu masing-masing 49 dan 25 kerusi.

Jika berpandukan sokongan kaum melayu di Semenanjung berasaskan parti- Pas, Bersatu dan Umno, masing-masing adalah 49, 23 dan 20.

Apa yang sangat menarik pada pencapaian parti itu, apabila menidakkan sebarang kerusi pada Umno/BN di  Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, kecuali satu kerusi untuk PKR/PH di Kedah.

Berasaskan trend atau gelombang sokongan pada parti itu pada PRU-15, nampaknya keputusan PRU-14 bukan lagi pengukur bagi parti-parti yang menguasai negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang; walaupun Timbalan Presiden PKR- Rafizi Ramli yakin PH dengan mudah mempertahankan 45 kerusi DUN daripada 56 di Selangor.

Jika trend undian kaum melayu pada PRU-15 berterusan, daripada 100 pengundi, 67 memilih PN, 13 BN dan 11 PH, maka akan berlaku kejutan di tiga negeri yang dikuasai PH. Manakala di 3 negeri lain akan mempertahankan status quo.

Penulis melihat, walaupun kerajaan Persekutuan yang disokong 148 ahli parlimen, tidak semestinya menggambarkan sokongan pada parti-parti yang menyokong kerajaan pada 6 PRN nanti.

Mata semua rakyat negara ini, mahu melihat, apa kah reaksi sebenar pengundi melayu berkaitan keputusan Umno bersama PH, apa kah boleh mengubah trend sokongan kepada yang lebih baik pada parti yang mewakili kaum melayu itu, atau kah sebaliknya.

Jika berpandukan sentimen semasa, sandaran majoriti kaum melayu adalah pada PN. Akan terbukti kah nanti?

Di lain pihak pula, pemimpin PH terutama daripada DAP, bimbang, akan berlaku swing votes daripada kaum cina dan india, daripada PH kepada PN, kerana isu membabitkan Datuk Ahmad Zahid Hamidi, walaupun ianya hanya persepsi.

Kebenarannya, apa kah swing votes akan berlaku, akan dilihat pada keputusan 6 PRN nanti. Jika benar-benar berlaku swing votes, maka PH tiada pilihan, melainkan menilai semula hubungan dengan Umno selagi dipimpin Zahid.

Kedudukan Zahid dalam kerajaan Persekutuan, adalah dilema terbesar Datuk Seri Anwar Ibrahim, umpama kata peribahasa, diluah mati emak ditelan mati bapa. Pun demikian, jika kerajaan Persekutuan memilih hanya majoriti mudah, tanpa pengelibatan Umno/BN pun masih boleh meneruskan kerajaan, kerana masih mempunyai 118 ahli parlimen yang menyokong.

Pada hakikatnya, Umno/BN tiada isu apa kah bersama PH atau PN, jika parti itu dipimpin pemimpin lain yang tidak terbeban dengan isu-isu membabitkan mahkamah dan rasuah.

Umno/BN boleh bangkit semula, jika berani membuat perubahan secara total. Ambil iktibar pada parti PKR, DAP atau Pas, satu ketika lalu, dalam keadaan terperuk, akan tetapi dapat bangkit semula.

Dalam keadaan kepimpinan Umno sekarang, maka mengubah gelombang sokongan kaum melayu pada PN, tidak akan menurun, malah akan terus meningkat. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive