Monday, January 16, 2023

PEMIMPIN ITU PENYELESAI BUKAN PENCETUS MASALAH

SEPATUTNYA pemimpin tidak boleh alpa akan fungsi masing-masing iaitu sebagai penyelesai masalah rakyat, bukannya pencetus masalah.

Pemimpin politik apabila menyertai pilihan raya perlu patuh atau akur dengan keputusan rakyat.

Jika diberi mandat untuk membentuk kerajaan, maka laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat untuk menyelesaikan masalah mereka.

Demikian juga jika bukan sebahagian daripada kerajaan, maka suburkan lah demokrasi menerusi semak dan imbang.

Akan tetapi berlaku juga pemimpin politik yang mengabaikan fungsi atau peranan masing-masing apabila menjadi punca masalah termasuk menggulingkan kerajaan sendiri.

Di Sabah, minggu dan bulan pertama tahun 2023, Datuk Bung Moktar Radin, DAN 11 ADUN berkomplot dengan Datuk Shafie Apdal menggulingkan kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Kesan pada komplot tersebut seminggu, perjalanan pemerintahan negeri terganggu seketika, sehinggakan Datuk Masidi Manjun selaku Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terpaksa mengeluarkan kenyataan akhbar, bahawa sokongan majoriti ADUN masih berpihak pada kerajaan, walaupun gerakan mengumpulkan Surat Akuan Bersumpah rancak dilakukan  termasuk mendakwa mempunyai sokongan untuk mengambil alih kerajaan negeri.

24 jam selepas kenyataan Masidi tersebut, benar-benar berlaku, Bung mengumumkan keluar daripada kerajaan GRS-BN, dengan alasan hilang kepercayaan pada Ketua Menteri.

Apabila gerakan menggulingkan kerajaan oleh rakan sendiri gagal, timbul pula nasihat, supaya mereka ini dilibatkan dalam kerajaan, menganggotai kabinet negeri, dengan mengunapakai istilah perpaduan.

Ada lah tidak lojik, rakan yang khianat boleh pemudah perpaduan, sedangkan mereka itu mempunyai niat jelas bukan penyelesai akan tetapi pencetus masalah. Fikir-Fikirkan.

No comments:

Blog Archive