Thursday, January 05, 2023

MA63: KERAJAAN PERSEKUTUAN BUKTIKAN KEIKHLASAN

SELEPAS lebih setengah abad pembentukan Kerajaan Persekutuan berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), hanya menerusi PM6,  PM8, 9 dan 10 perjanjian tersebut diberi perhatian, dan kemuncaknya pada era PM-10.

Nampaknya perjuangan para pemimpin Sabah dan Sarawak berkaitan perjanjian tersebut semakin menyerlah, sekali gus menunjukkan bukti keikhlasan Putrajaya kepada dua wilayah Borneo tersebut.

Perjuangan para pemimpin dua wilayah tersebut, hanya semata-mata untuk kemajuan dan pembangunan dua wilayah itu supaya on-par dengan wilayah Semenanjung, seperti matlamat asal atau roh pembentukan Persekutuan Malaysia.

PRU-15, apabila tertubuhnya KERAJAAN PERPADUAN, maka telah mengwujudkan kestabilan politik di peringkat Persekutuan, dan menerusinya, memudahkan setiap perancangan atau keputusan boleh dibuat, untuk mengisi MASA BEKERJA bukan sahaja memulihkan perekonomian negara, akan tetapi mengatur berbagai cara untuk membantu rakyat daripada tekanan inflasi yang menyebabkan peningkatan kos sara hidup.

Sementara semua negeri mempunyai kerajaan yang rancak mengatur gerak kerja kerana adanya kestabilan politik, lain pula kejadiannya di Sabah, kerana kesan daripada KERAJAAN PERPADUAN ada yang cuba menumpang melaluinya dengan mengatur gerakan mahu menubuhkan kerajaan negeri menerusi penjajaran baharu politik, semata-mata untuk merebut kuasa.

Sepatutnya dengan kewujudan KERAJAAN PERPADUAN peringkat Nasional, maka para pemimpin Sabah yang turut menyokong, perlu juga BERPADU di peringkat negeri, akan tetapi ada gerakan di sebaliknya berlaku, apabila "ada petualang" yang mementingkan kedudukan dan kuasa.

Seharusnya, setiap pemimpin Sabah tidak kira lah latar belakang, patut berbangga dengan pencapaian negeri sejak akhir-akhir ini, terutama daripada segi kutipan hasil negeri, kemasukan pelaburan asing/tempatan, selain pencapaian merealisasikan butiran/tuntutan MA63, bukannya cuba menumbangkan kerajaan yang mencatit kejayaan.

No comments:

Blog Archive