Wednesday, January 11, 2023

BUNG UTAMAKAN PARTI BERBANDING RAKYAT

PENGERUSI Umno Sabah - Datuk Bung Moktar Radin dalam satu kenyataan mengulas perlantikan 2 ADUN Umno dalam Kabinet Datuk Seri Hajiji Haji Noor, bahawa mereka itu tidak mewakili parti melainkan diri sendiri, kerana membelakangkan kepentingan parti.

Menurut kenyataan itu juga mana-mana ADUN parti itu menyertai kabinet kerajaan negeri secara tersirat mementingkan rakyat berbanding parti, sedangkan keutamaan Umno Sabah daripada sudut pandang Bung adalah parti berbanding rakyat.

Bagi Bung, jika hanya jika, Umno menjadi Ketua Menteri, maka parti mementingkan rakyat, jika sebaliknya, mana-mana ADUN parti itu menyertai kerajaan bukan mementingkan rakyat akan tetapi kepentingan peribadi.

Menerusi kenyataan tersebut, membuka mata rakyat Sabah, bahawa perjuangan Umno itu bukan untuk rakyat secara umum melainkan untuk kepentingan pemimpin, oleh sebab mana-mana pemimpin parti itu yang mendahulukan rakyat menerusi penyertaan dalam kerajaan dikira khianat pada parti.

Bagi Bung, jika ada pemimpin parti itu mendahulukan kepentingan rakyat dan negeri bercanggah dengan perjuangan parti.

Bung juga menimbulkan keputusan Umno menyertai Kerajaan Perpaduan Persekutuan, jika diperhalusi, bukan berkepentingan rakyat, sebaliknya kepentingan pemimpin parti itu mendapat jawatan. 

Jika itu lah hasrat sebenar parti itu, maka rakyat negera ini yang masih menyokong parti itu perlu memikirkan semula, sokongan mereka.

Bagi pandangan penulis, setidak-tidaknya 5 ADUN Umno Sabah yang menyokong Kerajaan Negeri telah mencatit dalam profile mereka, bahawa mereka itu mengutamakan/mementingkan rakyat dan negeri lebih daripada segala-galanya.

Mana-mana pemimpin akan diingati rakyat jika dalam rekod mereka tercatit mengutamakan rakyat dan negeri.

No comments:

Blog Archive