Friday, January 13, 2023

BUNG AKAN TERUS BERI TEKANAN PADA 5 ADUN UMNO YANG MENYOKONG KERAJAAN SABAH

DATUK Bung Moktar Radin, tidak akan berhenti memberi tekanan pada 5 ADUN Umno yang menyokong Kerajaan Sabah yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Perubahan Perlembagaan Umno fasal 20.11.1 yang diluluskan menerusi PAU 2022 parti itu yang diadakan antara 11-13 Januari 2023 antara lain menyebut, keanggotaan tergugur secara automatik jika ahli UMNO itu sudah dipilih sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kemudiannya menyertai suatu pakatan politik yang tidak dianggotai oleh UMNO atau memilih untuk menjadi ahli Dewan Rakyat atau DUN bebas.

Jika Umno menggunapakai fasal tersebut, maka dengan sendirinya kini, keahlian 5 ADUN tersebut telah gugur.

Akan tetapi, walaupun fasal itu digunakan pada 5 ADUN Umno tersebut, kedudukan mereka tidak termasuk dalam Undang-Undang Anti Lompat yang terpaksa mengosongkan kerusi, kerana mereka tidak keluar parti, melainkan gugur ahli atau terpecat. Menerusi Undang-Undang Anti lompat, mana-mana wakil rakyat yang digugurkan atau dipecat oleh parti masing-masing tidak perlu mengosongkan kerusi.

Umno semasa PRN-16 Sabah bersama GRS bertanding sebagai satu pasukan, kemudiannya membentuk kerajaan negeri. Namun, selepas 27 bulan sebahagian daripada kerajaan termasuk kedudukan Timbalan Ketua Menteri, 12 ADUN parti yang terdiri daripada 2 menteri, 4 pembantu menteri dan beberapa pengerusi GLC negeri telah menarik sokongan daripada kerajaan GRS-BN pada Jumaat lalu (6 Januari 2023) dengan tujuan agar kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor kehilangan sokongan majoriti, namun tindakan tersebut gagal, apabila Ketua Menteri masih mendapat sokongan 44 ADUN Sabah, termasuk 5 ADUN daripada Umno.

Keabsahan kerajaan telah dibuktikan pada 10 Januari semasa Sidang Khas Dun Sabah, apabila 2 RUU yang dibentangkan mendapat sokongan 44 ADUN daripada 79, ertinya sokongan tersebut mewakili 56% jumlah ADUN.

Di pihak Umno masih memberi tekanan pada 5 ADUN parti itu, kerana apabila membuat pusingan U dan akur dengan pendirian parti itu, maka kerajaan Sabah akan kehilangan sokongan majoriti.

Memandangkan 5 ADUN tersebut sebelum ini telah membuat pendirian, bahawa mereka bersedia berhadapan sebarang tindakan atau keputusan parti, nampak gayanya, mengubah pendirian mereka tidak akan berlaku.

Dengan berdiri teguhnya pendirian 5 ADUN Umno tersebut, setidak-tidaknya memberi jaminan, bahawa Kerajaan Negeri akan terus berkekalan sehingga tampat Penggal ke-16 DUN Sabah, iaitu pada tahun 2025.

Memberi ruang pada Kerajaan off the day meneruskan tugas sehingga penggal selesai, ada lah untuk memastikan misi Sabah Maju Jaya terealisasi.

No comments:

Blog Archive