Tuesday, January 10, 2023

BIAR LAH KEMELUT POLITIK SABAH DISELESAIKAN PEMIMPIN NEGERI

SETUJU dengan pandangan Perdana Menteri- Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa pemimpin pusat hanya boleh memberi nasihat atau pandangan berkaitan kemelut atau krisis politik Sabah yang didalangi Datuk Bung Moktar Radin dan beberapa pemimpin kanan Umno negeri, dan penyelesaiannya terpulang pada pemimpin negeri.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam kerajaan GRS-BN yang dibentuk selepas PRN-16 Sabah September 2020, berkomplot dengan Datuk Shafie Apdal sebuah parti pembangkang dan KDM yang asalnya mesra kerajaan untuk menumbangkan kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor.

Pada perancangan awal mereka, akan dapat menumbangkan Hajiji, kerana berbekalkan 40 ADUN, 19 parti Warisan, 18 Umno/BN dan 3 KDM, namun 5 ADUN Umno tidak bersetuju atau menolak tindakan tersebut, sebaliknya kekal mempertahankan status quo.

Di lain pihak pula, 7 ADUN Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian mereka yang dinyatakan mereka pada November 2022, sebaik penubuhan Kerajaan Persekutuan yang diterjaui PH akan terus menyokong kerajaan negeri yang dipimpin Hajiji sehingga tamat penggal DUN ke-16 Sabah pada tahun 2025.

Semalam dalam satu perjumpaan antara Perdana Menteri dengan Ketua Menteri Sabah, di kediaman rasmi Ketua Menteri, Perdana Menteri bukan sahaja memberi restu pada Hajiji, akan tetapi mahukan kerajaan kukuh di bawah kepemimpinan Ketua Menteri tersebut.

Pada keadaan sekarang, walaupun Hajiji disokong 43 ADUN atau sokongan 44 ADUN daripada 79, masih adalah berspekulasi bahawa krisis/kemelut politik Sabah belum berakhir, malah masih banyak surat-surat khabar aliran perdana menulis berbagai provokasi, dengan mendakwa, restu Anwar bersyarat. Jika benar lah spekulasi sedemikian, maka masih terdapatnya unsur campur tangan luar dalam penentuan hala tuju politik negeri, sedangkan elemen sedemikian tidak digemari rakyat negeri.

Akan tetapi menurut pemerhatian penulis, spekulasi sedemikian tidak benar, apabila menyaksikan susun atur dalam Persidangan Khas Dun Sabah pada Selasa, bahawa kedudukan mereka yang berkomplot menumbangkan kerajaan mengisi blok pembangkang. Seramai 35 kerusi mengisi blok pembangkang di Dun Sabah.

Susun atur kerusi dalam DUN mencerminkan status masing-masing ADUN.

No comments:

Blog Archive