Thursday, January 26, 2023

ADUN MENYOKONG KERAJAAN SABAH MAJU JAYA MENINGKAT KE-47

BERPANDUKAN pada senerai pembantu menteri kerajaan Sabah Maju Jaya (SMJ)semasa majlis angkat sumpah pembantu menteri di hadapan TYT Sabah pada Khamis, didapati tiga ADUN Umno/BN sebelumnya bersama kumpulan Datuk Bung Moktar Radin telah berpaling tadah, iaitu ADUN Bengkoka, Sungai Sibuga dan ADUN Tanjung Batu.

Menerusi perkembangan terbaharu ini, jumlah ADUN yang menyokong kerajaan SMJ yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Haji Noor meningkat ke 47, pada 10 Januari 2023, jumlah sokongan adalah 44.

Jumlah 47 ADUN yang menyokong mewakili 59.5% daripada 79 ADUN. Kuasa 2/3 adalah 53 ADUN.

Kerajaan SMJ adalah kerajaan yang disokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), PH dan sebahagian ADUN Umno/BN yang diketuai Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Ir Shahelmey Yahya.

Sesuai dengan harapan Ketua Menteri, barisan kepemimpinan kerajaan negeri yang baharu diharapkan dapat merealisasikan visi SMJ menjelang tahun 2025.

Bagi Hajiji, apa yang paling mustahak adalah kerajaan negeri mesti berfungsi dengan baik melalui sebuah pasukan yang berkongsi aspirasi sama yang dibina atas dasar saling mempercayai dan menghormati.

Supaya kerajaan berjalan dengan baik, maka memerlukan pasukan yang kukuh untuk melaksanakan pembangunan dan menunaikan janji-janji pilhan raya kepada rakyat dan negeri.

No comments:

Blog Archive