Sunday, December 18, 2022

UNDI PERCAYA PERDANA MENTERI: PATUH MoU ATAU "NATURAL CONSCEINCE"

JIKA 148 MP sebelum UNDI PERCAYA di atas kertas menyokong Perdana Menteri akur pada MoU, maka tiada kesangsian mengenainya, apapun dakwaan daripada mana-mana pihak. Akan tetapi, jika tidak berpandukan pada MoU melainkan mengikut "natural conseince" masing-masing, maka wajar diteruskan, apapun risikonya, tanpa gentar dan takut termasuk dilucutkan sebagai wakil rakyat.

Adalah diyakini, para MP yang mengundi esok, meletakkan diri mereka sebagai wakil rakyat yang dipilih rakyat sesuai dengan pendirian masing-masing semasa PRU-15, bukannya berasaskan senario PASCA PRU.

Jika mereka teguh dengan pendirian sesuai dengan "conseince" masing-masing, maka apapun "ikatan" tidak akan boleh mengubahkan kata hati masing-masing.

Hakikatnya MoU yang ditandatanagi 5 blok parti pada Jumaat lalu, hanya untuk dua TUJUAN, pertama berkaitan KEABSAHAN lantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri; dan kedua berkaitan PERBEKALAN, kerana dua perkara ini PENENTU utama kedudukan kerajaan, kerana jika dua perkara ini gagal mendapat sokongan majoriti mudah, membawa pada tumbangnya kerajaan.

Ada lah dilihat, dalam senario sekarang, tidak mudah mengumpul jumlah 112 MP menolak usul percaya, atas sebab tidak mudah mendapatkan 37 MP berpaling tadah atau bertindak "natural" sehingga menggagalkan UNDI PERCAYA. UNDI PERCAYA memerlukan sokongan minumum 112 daripada 222.

Mesyuarat Pertana Penggal 15 Parlimen, bermula dengan pemilihan speaker, disusuli angkat sumpah ahli parlimen dan  selepas itu UNDI PERCAYA yang dibawakan oleh salah seorang Timbalan Perdana Menteri.

Perikatan Nasional (PN) dikatakan mempunyai startegi berkaitan UNDI PERCAYA, apa kah  MENOLAK ATAU MENYOKONG.

No comments:

Post a Comment